Pola Fonologi Kata Pinjaman dari Bahasa Melayu dalam Bahasa Lanoh
Bahasa Lanoh merupakan salah satu bahasa dalam kelompok bahasa Aslian Tengah dan mengandungi variasi seperti Lanoh Semnam, Sungai Air Karah, Jengjeng dan Yir. Di antaranya, bahasa Jengjeng dan Yir telah pupus, manakala bahasa Lanoh Sungai Air Karah dan Semnam masih dipertuturkan. Tinjauan kosa Ити m...
Gespeichert in:
Veröffentlicht in: | Akademika (Kuala Lumpur) 2024-01, Vol.94 (3), p.451-466 |
---|---|
Hauptverfasser: | , |
Format: | Artikel |
Sprache: | may |
Schlagworte: | |
Online-Zugang: | Volltext |
Tags: |
Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
|
Zusammenfassung: | Bahasa Lanoh merupakan salah satu bahasa dalam kelompok bahasa Aslian Tengah dan mengandungi variasi seperti Lanoh Semnam, Sungai Air Karah, Jengjeng dan Yir. Di antaranya, bahasa Jengjeng dan Yir telah pupus, manakala bahasa Lanoh Sungai Air Karah dan Semnam masih dipertuturkan. Tinjauan kosa Ити mendapati bahawa bahasa Lanoh Semnam telah dideskripsi secara tuntas, baik dari aspek fonetik mahupun fonologi kata pinjaman. Bahasa ini didapati memiliki ciri fonologi kata pinjaman dari bahasa Melayu yang титр dengan bahasa Temiar dari kelompok Aslian Tengah. Oleh kerana bahasa Lanoh di Sungai Air Karah belum ada kajian yang menjurus, dan pola fonologi kata pinjamannya agak bervariasi, kajian ini berfokus pada meninjau ciri fonologi kata pinjaman dari BM. Bertitik tolak dari permasalahan ini, sebanyak 450 patah kata Lanoh telah dikumpulkan melalui teknik temubual berstruktur, dengan daftar kata Swadesh yang diperkembangkan. Hasil saringan data mendapati bahawa terdapat sebanyak 51 patah kata pinjaman dari BM dan 3 patah kata yang bersamaan dengan bahasa di Borneo Barat. Kajian ini menggunakan Benjamin (2022) sebagai kerangka kajian dan hasil analisis mendapati bahawa bahasa Lanoh Sungai Air Karah menunjukkan variasi tersendiri dengan memiliki pola peminjaman seperti rhotik r direalisasi sebagai [y] pada posisi awal dan tengah kata, manakala sebagai [?] pada akhir kata; BM /-t/ dan /-h/ direalisasikan sebagai [?]; realisasi vokal berlaku selepas peminjaman; BM /-1/ sebagai /-h/ jika status diftong (-ua-) berbentuk V; peleburan dan pemenggalan segmental; dan, pengekalan bunyi sekatan konsonantal nasal akhir. Hasil kajian ini mencerminkan BM memperkayakan bahasa Lanoh dan berjaya menambahkan korpus kajian bahasa Orang Asli. |
---|---|
ISSN: | 0126-5008 |
DOI: | 10.17576/akad-2024-9403-25 |