Pemerkasaan Destinasi Pelancongan bagi Pembangunan Semula Pulau Besar

Pemerkasaan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan pelancongan sesebuah wilayah, semakin menjadi perhatian dalam kalangan sarjana dengan melihat fungsi dalam pembangunan, menjadi konstruk penting kepada individu, organisasi dan komuniti. Malah, pemerkasaan menjadi teras kepada falsafah dal...

Ausführliche Beschreibung

Gespeichert in:
Bibliographische Detailangaben
Veröffentlicht in:Akademika (Kuala Lumpur) 2024-10, Vol.94 (3), p.259-282
Hauptverfasser: Azmi, Ezwani, Rose, Rosniza Aznie Che, Awang, Azahan
Format: Artikel
Sprache:eng ; may
Schlagworte:
Online-Zugang:Volltext
Tags: Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
Beschreibung
Zusammenfassung:Pemerkasaan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan pelancongan sesebuah wilayah, semakin menjadi perhatian dalam kalangan sarjana dengan melihat fungsi dalam pembangunan, menjadi konstruk penting kepada individu, organisasi dan komuniti. Malah, pemerkasaan menjadi teras kepada falsafah dalam kemampanan pelancongan. Oleh itu, kajian ini telah menerokai pemerkasaan destinasi pelancongan dalam proses memulihkan dan membangunkan semula destinasi agar industri pelancongan di sesebuah wilayah dapat dilestarikan bukan sahaja di kawasan bandar tetapi juga di luar daripada bandar. Kajian yang dijalankan ini secara kualitatif dalam kajian kes tunggal. Teknik pengumpulan menggunakan kaedah tembual semi struktur dan pemerhatian sewaktu kajian lapangan. Informan yang telah ditemubual seramai 17 individu dalam kalangan pegawai daripada badan kerajaan, pengusaha dalam kalangan masyarakat tempatan dan pemilik aset. Manakala lokasi kajian spesifiknya di Pulau Besar dan pulau sekitar Negeri Melaka yang dibangunkan. Kajian ini telah merujuk Rangka Kerja Scheyvens & Van Der Watt yang menyenaraikan enam indikator pemerkasaan tetapi telah diadaptasi dalam konteks pembangunan semula destinasi pelancongan. Hasil analisa secara tematik dan penemuan kajian yang dibincangkan dalam artikel ini seiring dengan rangka kerja yang dicadangkan seperti indikator ekonomi, politik, sosiobudaya, alam sekitar dan psikologi kecuali pemerkasaan agama yamg mana berbeza apabila diadaptasi dalam kajian kes destinasi dan dibincangkan dalam artikel ini. Seterusnya, kajian ini dapat dilanjutkan lagi kepada indikator yang lain dalam mengembangkan ilmu akademik. Disamping itu, berupaya menjadi rujukan untuk menaikkan semula destinasi yang berpotensi untuk dibangunkan agar bermanfaat kepada masyarakat tempatan dan melestarikan industri pelancongan.
ISSN:0126-5008
0126-8694
DOI:10.17576/akad-2024-9403-15