Iktibar perbezaan pandangan wacana dunia dan lokal tentang status keselamatan bandar Kuala Lumpur, Malaysia (Lessons from differences in the global and local discourse views on the safe city status of Kuala Lumpur, Malaysia)

Pemahaman tentang penilaian keselamatan bandar agak mengelirukan dan sering kali berlaku percanggahan kesimpulan antara wacana antarabangsa dengan wacana tempatan. Diperhatikan wacana luar negara menilai bandar Kuala Lumpur (KL), Malaysia, sebagai ‘bandar sederhana rendah selamat’ (below average), t...

Ausführliche Beschreibung

Gespeichert in:
Bibliographische Detailangaben
Veröffentlicht in:Geografia : Malaysian journal of society and space 2021-01, Vol.17 (2), p.143-158
Hauptverfasser: Lim, Seng Boon, Jalaluddin Abdul Malek, Chee Kong Yong, Zurinah Tahir, Hernowo, Bimo
Format: Artikel
Sprache:may
Schlagworte:
Online-Zugang:Volltext
Tags: Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
Beschreibung
Zusammenfassung:Pemahaman tentang penilaian keselamatan bandar agak mengelirukan dan sering kali berlaku percanggahan kesimpulan antara wacana antarabangsa dengan wacana tempatan. Diperhatikan wacana luar negara menilai bandar Kuala Lumpur (KL), Malaysia, sebagai ‘bandar sederhana rendah selamat’ (below average), tetapi wacana tempatan melihat KL sebagai bandar selamat yang sangat sesuai untuk didiami. Sehubungan itu, kajian ini cuba memahami jurang perbezaan yang wujud antara wacana antarabangsa dengan wacana tempatan dalam menilai keselamatan bandar KL serta aspek-aspek yang boleh dipelajari daripada wacana kedua-dua pihak. Artikel ini mengguna pakai kaedah kajian kes berpandukan jadual matriks perbandingan, analisis jarak daripada nilai min, dan penilaian skor. Hasil kajian menunjukkan bahawa institusi antarabangsa melihat daripada sudut yang lebih meluas seperti sudut ekonomi, pelaburan, dan pelancongan, dan menilai KL berdasarkan lima aspek keselamatan, iaitu keselamatan awam, peribadi, kesihatan, infrastruktur, dan digital. Sebaliknya, sarjana tempatan menjurus kepada faktor yang lebih lokal dan dekat dengan kehendak penduduk, iaitu pelaksanaan Crime Prevention through Environmental Design, pencegahan jenayah, dan keberkesanan program bandar selamat. Walau bagaimanapun, didapati penarafan bandar KL sebagai ‘bandar sederhana rendah selamat’ di mata dunia tidak begitu diambil berat oleh penduduk tempatan kerana mereka hidup dalam keadaan sejahtera dan kes-kes jenayah di sekitar KL berada pada tahap terkawal. Pada pendapat pengkaji, perbezaan pandangan perlu dijadikan iktibar dan tidak harus dipandang ringan, manakala adaptasi terhadap kebimbangan ke atas jenayah perlu diteliti. Kajian ini merupakan kajian yang pertama menyumbangkan perbandingan perspektif antara dunia dengan tempatan berkenaan konsep keselamatan di Malaysia, khasnya bandar KL.
ISSN:2180-2491
2180-2491
DOI:10.17576/geo-2021-1702-12