Had Fungsi Rumah Perantaraan sebagai Penempatan Sementara untuk Bekas Banduan di Malaysia
Kejayaan sistem keadilan jenayah di Malaysia dalam menubuhkan program rumah perantaraan untuk bekas banduan yang dibebaskan harus dibanggakan. Hal ini selari dengan usaha pelbagai negara maju dalam menyediakan sebuah penempatan buat bekas banduan yang dibebaskan dari penjara. Idea utama adalah bagi...
Gespeichert in:
Veröffentlicht in: | Akademika (Kuala Lumpur) 2019-01, Vol.89 (2), p.17-31 |
---|---|
Hauptverfasser: | , , , , , |
Format: | Artikel |
Sprache: | eng ; may |
Schlagworte: | |
Online-Zugang: | Volltext |
Tags: |
Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
|
Zusammenfassung: | Kejayaan sistem keadilan jenayah di Malaysia dalam menubuhkan program rumah perantaraan untuk bekas banduan yang dibebaskan harus dibanggakan. Hal ini selari dengan usaha pelbagai negara maju dalam menyediakan sebuah penempatan buat bekas banduan yang dibebaskan dari penjara. Idea utama adalah bagi memastikan transisi bekas banduan berjalan lancar dari kehidupan di dalam penjara untuk masuk ke dalam kehidupan masyarakat berkomuniti. Rumah perantaraan ini adalah begitu penting buat bekas banduan yang mengalami masalah ketiadaan rumah untuk ditujui selepas dibebaskan. Situasi ini terjadi akibat penolakan keluarga yang membuatkan bekas banduan ini tidak tahu hala tuju selepas dibebaskan. Pengumpulan data kertas konsep ini adalah bersifat kualititatif dengan mengunakan kaedah ulasan literatur dari kajian-kajian terdahulu untuk menyokong perbincangan ini. Maklumat-maklumat yang realistik daripada ulasan literatur daripada pengalaman negara maju digunakan dalam merangka program-program yang bersesuaian yang dapat disuntik ke dalam rumah perantaraan sedia ada. Hasil perbincangan kertas konsep ini mendapati program rumah perantaraan yang diadakan mempunyai had fungsi tersendiri. Perbincangan yang dilakukan telah mendapati wujudnya had fungsi dari segi ketiadaan program penempatan pekerjaan, program antipenyalahgunaan dadah dan program pengukuhan kekeluargaan. Hal ini kerana peluang pekerjaan, bebas dari sebarang penyalahgunaan dadah serta dapat bersatu semula dengan keluarga dilihat sebagai elemenelemen yang sangat penting dalam memastikan integrasi bekas banduan yang lancar. Keadaan ini membawa kepada usaha untuk mencadangkan elemen-elemen ini sebagai program sepanjang bekas banduan menyertai rumah perantaraan ini. Diharap kertas konsep ini dapat menjadi panduan kepada sistem keadilan jenayah dalam memperbaiki program rumah perantaraan sedia ada ini. |
---|---|
ISSN: | 0126-5008 |
DOI: | 10.17576/akad-2019-8902-02 |