Ilmu Kajian Agama-agama dalam Tradisi Islam
Ilmu Kajian Agama-agama atau Ilmu Perbandingan Agama menjadi tumpuan dan mendapat perhatian sama ada dalam kalangan individu yang berada di lapangan akademik, dakwah atau awam sehingga pelbagai kursus intensif yang berkaitan ditawarkan. Artikel ini membincangkan kedudukan Ilmu Kajian Agama-agama dal...
Gespeichert in:
Veröffentlicht in: | Akademika (Kuala Lumpur) 2020-01, Vol.90 (2), p.139-148 |
---|---|
Hauptverfasser: | , , |
Format: | Artikel |
Sprache: | eng ; may |
Schlagworte: | |
Online-Zugang: | Volltext |
Tags: |
Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
|
Zusammenfassung: | Ilmu Kajian Agama-agama atau Ilmu Perbandingan Agama menjadi tumpuan dan mendapat perhatian sama ada dalam kalangan individu yang berada di lapangan akademik, dakwah atau awam sehingga pelbagai kursus intensif yang berkaitan ditawarkan. Artikel ini membincangkan kedudukan Ilmu Kajian Agama-agama dalam tradisi Islam. Isu-isu utama yang menjadi perbincangan artikel ini ialah: [i] Kajian agama-agama menurut al-Quran dan Sunah; [ii] Ilmu Kajian Agama-agama subwacana Ilmu Kalam; dan [iii] Ilmu prasyarat (prerequisite) dalam menekuni Ilmu Kajian Agama-agama. Penulisan artikel ini adalah berdasarkan kajian analisis kandungan. Sumber primer yang menjadi asas dalam penulisan ini ialah karya-karya Ilmu Kalam dan karya-karya para ilmuwan Islam di dalam kajian agama-agama. Kesimpulannya, Ilmu Kajian Agama-agama adalah salah satu daripada dua wacana Ilmu Kalam yang mewacanakan kepercayaan antara penganut agama (intrareligion atau intra-Islam) dengan penamaan seperti al-Firaq al-Islāmiyyah (Aliran-aliran Pemikiran Islam) dan wacana berkaitan kepercayaan antara agama-agama (interreligions) dengan penamaan seperti Muqāranah al-Adyān (Perbandingan Agama-agama). Selain itu, Ilmu Kajian Agama-agama atau secara khusus dialog antara agama bukan bidang amatur yang boleh dilaksanakan oleh sesiapa sahaja. Sebaliknya memerlukan kepada individu yang mempunyai tahap pengetahuan akidah yang baik dengan penguasaan tema, isu dan dalil secara tafṣil (huraian atau satu persatu) kerana lapangan ini berisiko menjerumuskan seseorang kepada kecelaruan, keraguan, kesesatan dan kekufuran. |
---|---|
ISSN: | 0126-5008 |
DOI: | 10.17576/akad-2020-9002-12 |