Analisis Konteks Peristiwa Bahasa Melunas Rindu: Aplikasi Model Leech dan Grice

Kajian ini menggabungkan dua model kesopanan, iaitu Leech (1983) dan Grice (1975) yang membentuk Model Pola Kombinasi Maksim Umum (MPKMU). Terdapat enam pola kombinasi maksim dalam MPKMU, iaitu Pola 1, Pola 2, Pola 3, Pola 4, Pola 5 dan Pola 6 berdasarkan prinsip hampir sama, tepat dan ekonomis. Kaj...

Ausführliche Beschreibung

Gespeichert in:
Bibliographische Detailangaben
Veröffentlicht in:Akademika (Kuala Lumpur) 2017-04, Vol.87 (1), p.17-34
Hauptverfasser: Beden, Sara, Zahid, Indirawati
Format: Artikel
Sprache:eng ; may
Schlagworte:
Online-Zugang:Volltext
Tags: Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
Beschreibung
Zusammenfassung:Kajian ini menggabungkan dua model kesopanan, iaitu Leech (1983) dan Grice (1975) yang membentuk Model Pola Kombinasi Maksim Umum (MPKMU). Terdapat enam pola kombinasi maksim dalam MPKMU, iaitu Pola 1, Pola 2, Pola 3, Pola 4, Pola 5 dan Pola 6 berdasarkan prinsip hampir sama, tepat dan ekonomis. Kajian ini menggunakan Pola 2 (5 PS + 3 PK) dalam peristiwa bahasa Melunas Rindu. Berdasarkan pengklasifikasian, didapati 17 daripada 33 peristiwa telah diklasifikasikan dalam Pola 2 dan dianalisis. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan pola kesopanan berbahasa dalam peristiwa bahasa berdasarkan MPKMU. Antara kaedah yang digunakan dalam kajian ini termasuklah analisis teks dan kaedah kuantitatif. Dapatan analisis memperlihatkan 17 peristiwa ini mematuhi prinsip hampir sama dengan kehadiran maksim (i) Persetujuan, (ii) Relevan dan (iii) Maksim Persetujuan dan Relevan yang mencakupi penggunaan jumlah maksim dan dialog yang digunakan. Dapatan ini juga bervariasi atas faktor konteks. Analisis konteks telah dilakukan terhadap enam peristiwa dalam Pola 2 dan dapatan memperlihatkan tiga variasi penyediaan konteks wujud, iaitu (i) pascadata, (ii) pra dan pascadata dan (iii) tiada konteks. Terdapat tiga peristiwa yang kewujudan penyediaan konteksnya signifikan manakala dua peristiwa lagi sebaliknya dan satu peristiwa penyediaan konteks Ø. Sehubungan itu, kewujudan konteks tidak memberikan impak yang menyeluruh terhadap kelengkapan maklumat dalam peristiwa bahasa yang dianalisis. Kajian ini telah memperlihatkan keperluan wujudnya keserasian antara penggunaan unsurunsur bahasa dengan topik yang menjadi fokus perbincangan. Keserasian dan kesesuaian penggunaan unsur-unsur bahasa merupakan aspek penting bagi memperlihatkan kesopanan dan pembudayaannya dalam kalangan generasi muda yang selaras dengan agenda Dasar Pendidikan Negara.
ISSN:0126-5008
DOI:10.17576/akad-2017-8701-02