Analisis Perundangan terhadap Pelaksanaan Akad Hibah Amanah dalam Industri Kewangan Islam di Malaysia

Instrumen hibah adalah satu konsep filantropi Islam yang merupakan pemberian kepada seseorang tanpa balasan. Daripada hibah berbentuk klasik ini, ianya telah diinovasikan menjadi produk hibah amanah; iaitu instrumen perancangan dan pengurusan harta di dalam industri kewangan Islam masa kini. Perunda...

Ausführliche Beschreibung

Gespeichert in:
Bibliographische Detailangaben
Veröffentlicht in:Akademika (Kuala Lumpur) 2023-10, Vol.93 (3), p.197-211
Hauptverfasser: Mohd Arif, Mohd Izzat Amsyar, Adenan, Faezy, Moidin, Shofiyyah
Format: Artikel
Sprache:eng ; may
Schlagworte:
Online-Zugang:Volltext
Tags: Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
Beschreibung
Zusammenfassung:Instrumen hibah adalah satu konsep filantropi Islam yang merupakan pemberian kepada seseorang tanpa balasan. Daripada hibah berbentuk klasik ini, ianya telah diinovasikan menjadi produk hibah amanah; iaitu instrumen perancangan dan pengurusan harta di dalam industri kewangan Islam masa kini. Perundangan hibah di Malaysia telah menetapkan bidang kuasa bagi mahkamah Syariah mendengar sebarang pertikaian mengenai hibah. Walaupun akad hibah digandingkan bersama syarat secara amanah dalam dokumen deklarasi hibah, namun aspek hibah tersebut terlebih dahulu akan diteliti dan disahkan oleh mahkamah Syariah sebagaimana akad hibah klasik. Disebabkan prinsip duluan kehakiman tidak terpakai di mahkamah Syariah, ia mencetuskan kepelbagaian keputusan yang berbeza, yang dilihat boleh membantutkan perkembangan pelaksanaan hibah amanah di negara ini. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan cabaran perundangan dalam pelaksanaan akad hibah amanah di Malaysia. Kajian perundangan ini berbentuk kualitatif menggunakan analisis deskriptif yang melibatkan pengambilan data kajian menerusi pelbagai jurnal beserta sokongan dokumen perundangan seperti kes-kes yang diputuskan di mahkamah, Perlembangaan Persekutuan, akta Parlimen, enakmen negeri-negeri, dan piawaian Bank Negara Malaysia. Ketiadaan undang-undang hibah dalam bentuk statut bertulis mencetuskan polemik kepelbagaian pandangan dan keputusan dalam kalangan hakim Syarie. Justeru, kajian ini memberi impak kepada kelestarian pelaksanaan produk hibah amanah dalam komuniti dan industri kewangan Islam. Hasil kajian yang dijalankan, didapati bahawa suatu perundangan statut hibah yang spesifik, holistik dan komprehensif perlu digubal oleh setiap negeri sebagai satu piawaian perundangan khususnya bagi implimentasi akad hibah amanah.
ISSN:0126-5008
0126-8694
DOI:10.17576/akad-2023-9303-15