Cabaran Penyedia Perkhidmatan Peneman Mobiliti Warga Emas dalam Aspek Sumber Manusia
Warga emas mengalami penurunan keupayaan mobiliti luar rumah akibat masalah kesihatan dan kurang sokongan keluarga akibat perubahan corak ekonomi. Industri peneman dapat mengisi masalah ini dengan menawarkan perkhidmatan peneman mobiliti. Walaubagaimanapun industri ini berhadapan dengan cabaran sumb...
Gespeichert in:
Veröffentlicht in: | e-Bangi : journal of social sciences and humanities 2023-01, Vol.20 (1), p.274-286 |
---|---|
Hauptverfasser: | , , , , |
Format: | Artikel |
Sprache: | may |
Schlagworte: | |
Online-Zugang: | Volltext |
Tags: |
Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
|
Zusammenfassung: | Warga emas mengalami penurunan keupayaan mobiliti luar rumah akibat masalah kesihatan dan kurang sokongan keluarga akibat perubahan corak ekonomi. Industri peneman dapat mengisi masalah ini dengan menawarkan perkhidmatan peneman mobiliti. Walaubagaimanapun industri ini berhadapan dengan cabaran sumber manusia yang boleh merencatkan perkembangan corak pernigaan ini. Kajian ini bertujuan untuk meneroka cabaran penyedia perkhidmatan peneman mobiliti berbayar warga emas dalam aspek sumber manusia. Rekabentuk kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan fenomenologi. Lokasi kajian di sekitar Lembah Klang ini melibatkan tujuh orang informan yang terdiri daripada pengasas dan operator peneman. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat dua cabaran dihadapi oleh penyedia perkhidmatan yang melibatkan isu-isu pekerja dan profession peneman iaitu kekurangan operator peneman, sukar merekrut pekerja, persekitaran kerja gig, isu kemahiran dan disiplin pekerja, risiko keselamatan dan imej profesion yang dipandang rendah. Kesimpulan kajian ini menunjukkan bahawa industri sokongan warga emas seperti peneman mengalami kekangan serius dalam mendapatkan sumber manusia yang mencukupi disamping isuisu lain. Implikasi kajian ini dapat membantu kerajaan dalam mengukuhkan dasar dan polisi sedia ada dalam memastikan bekalan sumber manusia yang mencukupi dan berkemahiran dalam bidang sokongan penjagaan warga emas jangka masa panjang. |
---|---|
ISSN: | 1985-3505 1823-884X |
DOI: | 10.17576/ebangi.2023.2001.23 |