"SOOK CHING" 1942 DAN PENGLIBATAN SEKOLAH MENENGAH CHUNG LING PULAU PINANG: SUATU INTERPRETASI BARU

Pada awal Zaman Pendudukan Jepun (1942-1945) di Tanah Melayu telah berlaku Operasi "Sook Ching" oleh pentadbiran tentera Jepun untuk menghapuskan orang Cina yang anti-Jepun. Operasi tersebut bermula di Singapura pada bulan Februari 1942 dan diperluaskan ke negeri-negeri Melayu, menjadikan...

Ausführliche Beschreibung

Gespeichert in:
Bibliographische Detailangaben
Veröffentlicht in:Kajian Malaysia : Journal of Malaysian studies 2019-01, Vol.37 (1), p.51-163
1. Verfasser: Seng, Tan Chee
Format: Artikel
Sprache:may
Schlagworte:
Online-Zugang:Volltext
Tags: Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
Beschreibung
Zusammenfassung:Pada awal Zaman Pendudukan Jepun (1942-1945) di Tanah Melayu telah berlaku Operasi "Sook Ching" oleh pentadbiran tentera Jepun untuk menghapuskan orang Cina yang anti-Jepun. Operasi tersebut bermula di Singapura pada bulan Februari 1942 dan diperluaskan ke negeri-negeri Melayu, menjadikan Singapura sebagai tumpuan kajian sarjana berkaitan operasi tersebut. Pada hakikatnya, Operasi "Sook Ching" di Pulau Pinang terutamanya kes di Sekolah Menengah Chung Ling Pulau Pinang merupakan peristiwa tergempar di Tanah Melayu. Selain keunikannya sebagai sebuah sekolah Cina terkenal di Tanah Melayu, Chung Ling menjadi sasaran utama tentera Jepun disebabkan hubungan rapat warga sekolah dengan pihak Kuomintang (KMT) dan penglibatan aktif mereka menyokong China dalam Perang China-Jepun sejak tahun 1937. Kajian ini membincangkan perjalanan operasi tersebut pada tahun 1942 terutamanya pada 5 dan 6 April terhadap guru dan pelajar Chung Ling. Perbincangan ini disusuli dengan perbicaraan terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam kes ini selepas kekalahan Jepun dan peringatan warga Chung Ling terhadap peristiwa tersebut. Artikel ini mengkaji latar belakang dan penglibatan aktif Chung Ling dalam aktiviti anti-Jepun yang menjadikan sekolah tersebut sebagai sasaran utama tentera Jepun sehingga melalui satu pengalaman paling ngeri dalam kalangan institusi pendidikan tempatan, dan merupakan kes paling ketara dalam Operasi "Sook Ching" bukan sahaja di Pulau Pinang, bahkan di Tanah Melayu. Hasil kajian ini diperoleh khususnya berdasarkan sumber bahasa Cina berkaitan Chung Ling yang tidak ditemui daripada mana-mana sumber. Justeru artikel ini akan memberi suatu interpretaşi baru dalam kajian "Sook Ching" yang memaparkan sebuah sekolah juga menerima kesan begitu ketara dalam operasi tersebut.
ISSN:0127-4082
2180-4273
DOI:10.21315/km2019.37.1.3