PEMBANGUNAN BEKALAN AIR DOMESTIK DI NEGERI KEDAH, 1957–1992
Dasawarsa ini, negeri Kedah dilihat berhadapan dengan pelbagai masalah dan isu bekalan air yang serius. Masalah kekurangan bekalan air dan isu tunggakan hutang bekalan air yang sangat tinggi merupakan permasalahan sosial yang tidak mempunyai penyelesaian sehingga kini. Isu dan masalah yang dinyataka...
Gespeichert in:
Veröffentlicht in: | Kajian Malaysia : Journal of Malaysian studies 2020-01, Vol.38 (1), p.89-178 |
---|---|
Hauptverfasser: | , |
Format: | Artikel |
Sprache: | may |
Schlagworte: | |
Online-Zugang: | Volltext |
Tags: |
Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
|
Zusammenfassung: | Dasawarsa ini, negeri Kedah dilihat berhadapan dengan pelbagai masalah dan isu bekalan air yang serius. Masalah kekurangan bekalan air dan isu tunggakan hutang bekalan air yang sangat tinggi merupakan permasalahan sosial yang tidak mempunyai penyelesaian sehingga kini. Isu dan masalah yang dinyatakan telah membebankan Kerajaan Negeri Kedah dan dilihat mempunyai perkaitan dengan perkembangan bekalan air di negeri Kedah pada masa lampau. Oleh itu, makalah ini ingin melihat sejauh manakah peranan yang telah dimainkan oleh Kerajaan Negeri Kedah dalam merancang dan menangani isu bekalan air domestik di negeri Kedah dari tahun 1957 hingga tahun 1992. Selain itu, makalah ini melihat sejauh manakah kesan pelaksanaan rancangan bekalan air domestik di negeri Kedah dalam tempoh kajian. Penyelidikan ini akan menyenaraikan isu-isu bekalan air di negeri Kedah pada masa kini dan seterusnya menganalisis rancangan bekalan air yang dilaksanakan dalam tempoh kajian. Kemudian akan meninjau permasalahan yang timbul sepanjangpelaksanaan rancangan bekalan air dan penyelesaian yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kedah dalam tempoh kajian. Akhir sekali, kita akan melihat kesan pelaksanaan rancangan bekalan air di negeri Kedah dalam tempoh yang dinyatakan. Penyelidikan ini menggunakan bahan dan data daripada Arkib Negara Malaysia, Arkib Negara Cawangan negeri Kedah/Perlis, Syarikat Air Darul Aman (SADA), Perpustakaan Awam Negeri Kedah, Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Perpustakaan Tun Sri Lanang Universiti Kebangsaan Malaysia dan lain-lain lagi. Hasil kajian mendapati pelaksanaan rancangan bekalan air di negeri Kedah dalam tempoh yang dinyatakan mempunyai perkaitan dengan masalah bekalan air dan tunggakan pinjaman bekalan air di negeri Kedah pada masa kini. |
---|---|
ISSN: | 0127-4082 2180-4273 |
DOI: | 10.21315/km2020.38.1.5 |