KEBERKESANAN LATIHAN ASAS KEPOLISAN KADET INSPEKTOR TERHADAP AMALAN INTEGRITI DALAM KALANGAN PEGAWAI KANAN POLIS

Kajian ini merupakan satu penilaian tentang keberkesanan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Kadet Inspektor terhadap amalan integriti lanjutan pengimplimentasian Pelan Integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM). Program latihan tersebut bertujuan melahirkan pegawai kanan polis yang mengamalkan tadbir...

Ausführliche Beschreibung

Gespeichert in:
Bibliographische Detailangaben
Veröffentlicht in:Kajian Malaysia : Journal of Malaysian studies 2021-07, Vol.39 (2), p.233-285
Hauptverfasser: Ahmad, Norashikin, Daud, Sity, Yusoff, Anis Yusal
Format: Artikel
Sprache:may
Schlagworte:
Online-Zugang:Volltext
Tags: Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
Beschreibung
Zusammenfassung:Kajian ini merupakan satu penilaian tentang keberkesanan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Kadet Inspektor terhadap amalan integriti lanjutan pengimplimentasian Pelan Integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM). Program latihan tersebut bertujuan melahirkan pegawai kanan polis yang mengamalkan tadbir urus baik bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan dan pengurusan serta membentuk imej PDRM yang cemerlang. Kesungguhan PDRM memartabatkan integriti jelas menerusi penambahbaikan pengurusan melalui pelaksanaan inisiatif seperti penubuhan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, pelaksanaan Pelan Integriti PDRM dan penerapan Modul Integriti Agensi Penguatkuasaan dalam modul latihan PDRM. Kajian deskriptif ini menggunakan pendekatan kualitatif yang distrukturkan dengan reka bentuk kajian kes. Data primer diperoleh menerusi kaedah temu bual separa berstruktur terhadap lapan orang informan menggunakan teknik persampelan bertujuan dan disokong data sekunder menerusi kajian dokumen dan kepustakaan. Dapatan kajian mendapati modul latihan mendominasi pengaruh dan menjadi pemangkin utama amalan integriti, di samping persekitaran tempat kerja dan keluarga sebagai penemuan baru. Kajian menyimpulkan bahawa penerapan modul integriti dalam model latihan PLAK telah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ke arah sikap yang berintegriti, namun pengamalannya masih dipengaruhi faktor persekitaran tempat kerja dan faktor keluarga.
ISSN:0127-4082
2180-4273