Satu Analisis ‘Kosmologi Cahaya’ dalam Perspektif Sufi dan Sains Moden (An Analysis on ‘Light Cosmology’ in the Sufi and Modern Science Perspectives)

Kajian berkenaan asal-usul kosmos telah menjadi perhatian ramai sarjana Islam mahupun Barat di mana keduakeduanya mengetengahkan aspek cahaya. Cahaya dianggap sebagai sifat asas dalam sejarah perkembangan kosmologi untuk menjelaskan kewujudan alam semesta. Walau bagaimanapun, muncul persoalan mengen...

Ausführliche Beschreibung

Gespeichert in:
Bibliographische Detailangaben
Veröffentlicht in:Akademika (Kuala Lumpur) 2021-01, Vol.91 (1)
Hauptverfasser: Wan Qashishah Akmal Wan Razali, Ahmad Fakhrurrazi Bin M. Z., Radiman, Shahidan, Abdul Latif Samian
Format: Artikel
Sprache:may
Schlagworte:
Online-Zugang:Volltext
Tags: Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
Beschreibung
Zusammenfassung:Kajian berkenaan asal-usul kosmos telah menjadi perhatian ramai sarjana Islam mahupun Barat di mana keduakeduanya mengetengahkan aspek cahaya. Cahaya dianggap sebagai sifat asas dalam sejarah perkembangan kosmologi untuk menjelaskan kewujudan alam semesta. Walau bagaimanapun, muncul persoalan mengenai ontologi cahaya, sifat asasnya dan rahsia metafizik di sebalik fenomenanya. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis dan membina satu kerangka model baharu dalam menerangkan Teori Kesatuan Kewujudan Cahaya dalam memahami makrifat kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW dalam perspektif sufi, dan dibandingkan dengan perspektif sains Barat iaitu Teori Letupan Besar. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk grounded theory, kaedah tematik analisis dan pendekatan lataif Qur’aniyyah. Terdapat perbandingan yang signifikan antara kedua-dua kosmologi yang diketengahkan dalam model ini. Perbahasan konsep Cahaya Muhammad (Nūr Muhammad) yang mewakili kosmologi Sufi telah lama menyelesaikan persoalan asal-usul kosmos dalam kesepakatan ilmu akidah dan tasawuf. Manakala kosmologi Barat masih menemui jalan buntu dan keliru dalam memahami asal-usul atau primordium alam dengan menggunakan rumus sains dan aksiom yang sesuai dengan logik akal tanpa melihat apek keTuhanan. Dalam kajian ini, satu model perbandingan holistik antara konsep Nūr Muhammad dan Teori Letupan Besar telah diharmonikan dan dirangka dalam memahami lima fasa peringkat kewujudan alam semesta menerusi perspektif kosmologi cahaya. Dengan itu, kajian ini memberi perspektif baharu dalam memahami peringkat kewujudan makhluk.
ISSN:0126-5008