KONOTASI BUNGA DALAM PERIBAHASA MELAYU

Kertas kerja ini membicarakan tentang pelukisan wanita dalam peribahasa Melayu. Pelbagai rangkuman perihal wanita tercatat dalam perbendaharaan khazanah lisan ini. Kajian berbentuk kualitatif ini akan merinci dan merungkai 13 ungkapan yang menggunakan imej bunga sebagai representatif wanita. Ungkapa...

Ausführliche Beschreibung

Gespeichert in:
Bibliographische Detailangaben
Veröffentlicht in:e-Bangi : journal of social sciences and humanities 2020-01, Vol.17 (3), p.31-45
Hauptverfasser: Mohammed, Zabedah, Radzi, Shaiful Bahri Md
Format: Artikel
Sprache:may
Schlagworte:
Online-Zugang:Volltext
Tags: Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
Beschreibung
Zusammenfassung:Kertas kerja ini membicarakan tentang pelukisan wanita dalam peribahasa Melayu. Pelbagai rangkuman perihal wanita tercatat dalam perbendaharaan khazanah lisan ini. Kajian berbentuk kualitatif ini akan merinci dan merungkai 13 ungkapan yang menggunakan imej bunga sebagai representatif wanita. Ungkapan tersebut dipilih daripada buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu susunan Abdullah Hussain (2005). Pemakaian imej bunga sebagai lambang kepada wanita adalah sepadan kerana bunga dan wanita memiliki ciri-ciri yang sama. Analisis juga mendapati bahawa wanita dipadankan dengan nama bunga seperti bunga dedap dan bunga tahi ayam serta sifat-sifat bunga. Terdapat keselarian antara kitaran hidup bunga dengan plot kehidupan wanita. Sifat bunga yang kembang cerminan wanita bergelar anak dara, anak dara yang manis dan perawan serta wanita yang mempunyai sifat-sifat baik dari segi rupa paras, perilaku, ketinggian budi bahasa dan mempunyai nama atau keturunan yang baik. Bunga yang layu pula dikiaskan dengan wanita yang telah tua, anak dara yang tidak perawan, dan dikaitkan dengan wanita yang bernasib malang serta berhati walang. Bunga dalam peribahasa juga dipertalikan dengan perilaku, perwatakan, perasaan, dan nasib yang menimpa wanita. Terungkap pengajaran dan teladan di sebalik setiap ungkapan. Menerusi pemakaian lambang ini makna yang terselindung di sebalik peribahasa dapat disampaikan secara tepat walaupun pentafsirannya membawa pelbagai pengertian. Perihal bunga dalam peribahasa Melayu perlu diselami hingga ke dasar agar kebitaraan orang Melayu benar-benar terserlah.
ISSN:1985-3505
1823-884X