Implikasi perubahan struktur ekonomi kepada wanita: Situasi di Malaysia (Gender shift and its implications for the Malaysian economic structural change)

Kerajaan Malaysia secara aktif telah membentuk pembangunan ekonomi negara semenjak 30 tahun yang lepas dan melaksanakan dasar yang boleh mengubah struktur ekonomi. Struktur ekonomi Malaysia telah berubah secara beransur-ansur daripada bergantung kepada pengeluaran dan eksport komoditi utama kepada e...

Ausführliche Beschreibung

Gespeichert in:
Bibliographische Detailangaben
Veröffentlicht in:Geografia : Malaysian journal of society and space 2012-01, Vol.8 (8)
1. Verfasser: Noor Rahamah Hj. Abu Bakar
Format: Artikel
Sprache:eng
Schlagworte:
Online-Zugang:Volltext
Tags: Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
Beschreibung
Zusammenfassung:Kerajaan Malaysia secara aktif telah membentuk pembangunan ekonomi negara semenjak 30 tahun yang lepas dan melaksanakan dasar yang boleh mengubah struktur ekonomi. Struktur ekonomi Malaysia telah berubah secara beransur-ansur daripada bergantung kepada pengeluaran dan eksport komoditi utama kepada ekonomi perindustrian yang lebih moden, berintensif kemahiran dan menggunakan teknologi yang canggih supaya dapat menghasilkan berbagai jenis keluaran, mempunyai rekabentuk yang lebih baik dan kompetitif untuk memenuhi kehendak pasaran global. Makalah ini akan meneliti corak taburan pekerjaan wanita mengikut lima tahap perkembangan sektor perindustrian menggunakan data sekunder. Secara keseluruhannya, analisis menunjukkan beberapa perkara. (1) Terdapat perubahan jelas dalam peranan ekonomi yang dilakukan oleh wanita di Malaysia. Mulai pada tahun 1980an, aktiviti ekonomi wanita sudah berubah daripada penggunaan secara luas sebagai buruh murah dalam kategori pekerjaan pertanian kepada pekerjaan pengeluaran, dan pekeranian. (2) Terdapat kemajuan dalam kualiti pekerjaan wanita seperti mana dicerminkan dengan peningkatan wanita dalam pekerjaan profesional dan pekerjaan pejabat yang lain di mana keadaan kerja dan gaji adalah lebih baik daripada pekerja dalam industri pertanian. (3) Pekerja wanita masih bertumpu dalam pekerjaan yang diklasifikasikan sebagai pekerjaan “tradisi” seperti pengajar/guru, jururawat, jurutrengkas, dan jurujual. (4) Perubahan yang dapat dilihat dalam struktur pekerjaan wanita yang menunjukan kemunculan corak baru pekerjaan wanita kepada pekerjaan bukan-tradisi seperti pakar undang-undang, pekerja perubatan, jurutera, dan pengurus.
ISSN:2180-2491
2180-2491