Fertiliti dalam kalangan guru wanita di Daerah Kulaijaya, Johor: Satu analisis kuantitatif (Fertility among female teachers in the Kulaijaya District, Johor: A quantitative analysis)

Wanita dan pekerjaan semakin tidak boleh dipisahkan. Golongan wanita dilihat mendominasi institusi pendidikan tinggi sekaligus membolehkan mereka mendapat kelayakan kerjaya dan pekerjaan yang baik. Perubahan status dan peranan wanita hari ini menyebabkan wanita menangguhkan usia perkahwinan dan meng...

Ausführliche Beschreibung

Gespeichert in:
Bibliographische Detailangaben
Veröffentlicht in:Geografia : Malaysian journal of society and space 2012-01, Vol.8 (9)
Hauptverfasser: Tukiran, Mohd Zamree, Ali, Noraziah, Usman Haji Yaakob
Format: Artikel
Sprache:eng
Schlagworte:
Online-Zugang:Volltext
Tags: Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
Beschreibung
Zusammenfassung:Wanita dan pekerjaan semakin tidak boleh dipisahkan. Golongan wanita dilihat mendominasi institusi pendidikan tinggi sekaligus membolehkan mereka mendapat kelayakan kerjaya dan pekerjaan yang baik. Perubahan status dan peranan wanita hari ini menyebabkan wanita menangguhkan usia perkahwinan dan menghadkan saiz keluarga. Kertas ini akan cuba meneliti aspek pola fertiliti dalam kalangan guru wanita. Seramai 108 orang responden telah dipilih daripada guru wanita pelbagai etnik yang telah berkahwin di tujuh buah sekolah menengah kebangsaan di sekitar bandar Kulai. Tumpuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji hubungan angkubah terpilih dengan fertiliti guru wanita. Dapatan kajian mendapati majoriti responden menggalas beban tugas perguruan pada tahap berat dan amat berat. Beban tugas perguruan ini mempunyai pengaruh secara tidak langsung terhadap kadar fertiliti mereka. Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan bagi angkubah etnik, struktur umur, umur berkahwin, tempoh perkahwinan, tempoh perancang keluarga, bilangan anak ideal dan pendapatan keluarga responden dengan fertiliti guru wanita dalam kajian ini. Keseluruhannya, tekanan kerjaya telah memberikan kesan signifikan terhadap fertiliti dan seterusnya mempengaruhi pertumbuhan penduduk di Malaysia.
ISSN:2180-2491
2180-2491