Hubungkaitan intensiti hujan dengan suhu kecerahan awan menerusi aplikasi maklumat satelit geo-pegun MTSAT-IR (Relationship between rainfall intensity and cloud brightness temperature measured through MTSAT-IR geo-stationary satellite application)

Maklumat tentang intensiti hujan dari stesen cerapan hujan sangat berguna bagi tujuan peramalan. Penggunaan kaedah gema radar bagi menganggar curahan hujan mempunyai kelemahan tersendiri terutamanya terhadap batasan wilayah jangkauannya yang terhad serta aspek teknikal khususnya aspek kalibrasi pera...

Ausführliche Beschreibung

Gespeichert in:
Bibliographische Detailangaben
Veröffentlicht in:Geografia : Malaysian journal of society and space 2015-01, Vol.11 (4)
Hauptverfasser: Noorazuan Md Hashim, Yaakob Mohd Jani
Format: Artikel
Sprache:eng
Schlagworte:
Online-Zugang:Volltext
Tags: Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
Beschreibung
Zusammenfassung:Maklumat tentang intensiti hujan dari stesen cerapan hujan sangat berguna bagi tujuan peramalan. Penggunaan kaedah gema radar bagi menganggar curahan hujan mempunyai kelemahan tersendiri terutamanya terhadap batasan wilayah jangkauannya yang terhad serta aspek teknikal khususnya aspek kalibrasi peralatan yang memerlukan kepakaran dan kos yang tinggi. Artikel ini menganalisis hubungan antara suhu kecerahan awan berdasarkan maklumat inframerah satelit geo-pegun MTSAT dengan intensiti hujan di permukaan bumi. Pemilihan satelit geopegun MTSAT dilakukan memandangkan kekerapan imej secara temporal yang sangat mencukupi (24 imej/hari) serta resolusi spatialnya yang sederhana (4 km/piksel). Kajian awalan ini telah menunjukkan bahawa maklumat suhu kecerahan awan daripada kedua-dua jalur inframerah dan wap air MTSAT-IR berupaya dalam menganggarkan intensiti hujan dalam tempoh kajian yang dilakukan. Bagaimanapun, terdapat banyak usaha yang perlu dilakukan sebelum pembentukan model anggaran hujan berdasarkan maklumat imej satelit MTSAT-IR yang mempunyai tahap kesahihan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
ISSN:2180-2491
2180-2491