Keadilan polisi ke arah integrasi nasional di Malaysia: Persepsi generasi baharu (Justice and the Malaysian policy for inculcating national integration: Perceptions of the new generation)
Pembinaan bangsa dan dayasaing nasional dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia amat bergantung kepada dasar integrasi nasional yang dapat dilihat dan ditanggapi sebagai adil oleh semua kelompok etnik yang terlibat. Artikel ini membincangkan tanggapan belia Malaysia masa kini terhadap persoalan kea...
Gespeichert in:
Veröffentlicht in: | Geografia : Malaysian journal of society and space 2015-01, Vol.11 (6) |
---|---|
Hauptverfasser: | , , |
Format: | Artikel |
Sprache: | eng |
Schlagworte: | |
Online-Zugang: | Volltext |
Tags: |
Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
|
Zusammenfassung: | Pembinaan bangsa dan dayasaing nasional dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia amat bergantung kepada dasar integrasi nasional yang dapat dilihat dan ditanggapi sebagai adil oleh semua kelompok etnik yang terlibat. Artikel ini membincangkan tanggapan belia Malaysia masa kini terhadap persoalan keadilan dasar integrasi nasional ini. Persepsi 600 belia Malaysia yang dipilih secara rawak dari pelbagai etnik yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di Lembah Klang disukat menerusi survey di lapangan dengan nilai alpha 0.831. Kajian mendapati reaksi yang positif telah ditunjukkan dalam kalangan belia di Malaysia berhubung praktis keadilan polisi ke arah pengukuhan integrasi nasional. Kajian juga mendapati kecenderungan responden untuk menilai secara positif ataupun sebaliknya tentang keadilan polisi dari segi praktis ke arah integrasi nasional dan kecenderungan tersebut tidak mempunyai perkaitan langsung dengan beberapa pemboleh ubah demografi terpilih (umur, etnik, tempat dibesarkan, pendidikan ibubapa) yang dikaji. Ringkasnya, persepsi generasi baharu di Malaysia terhadap perjalanan polisi awam memerlukan penilaian kritis dan kreatif oleh pihak kerajaan jika matlamat pengukuhan integrasi nasional benar-benar ingin dijayakan. |
---|---|
ISSN: | 2180-2491 2180-2491 |