Tahap penguasaan teori dan amali dalam kalangan pelajar ekonomi rumah tangga: Kajian persepsi di universiti awam Malaysia (Theoretical and practical command of Malaysia’s home economics students: A perception study from a public university)

Penguasaan teori dan amali adalah penting dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran dan berketerampilan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi tahap penguasaan teori dan amali pelajar-pelajar Ekonomi Rumah Tangga (ERT) di sebuah universiti...

Ausführliche Beschreibung

Gespeichert in:
Bibliographische Detailangaben
Veröffentlicht in:Geografia : Malaysian journal of society and space 2016-01, Vol.12 (3)
Hauptverfasser: Tee, Tze Kiong, Florentius, Alvy Wendyline, Abu, Mariam, Dalilah Mohd Rubi, Suriani, Mohamed, Yee Mei Heong, Mohamad, Mimi Mohaffyza
Format: Artikel
Sprache:eng
Schlagworte:
Online-Zugang:Volltext
Tags: Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
Beschreibung
Zusammenfassung:Penguasaan teori dan amali adalah penting dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran dan berketerampilan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi tahap penguasaan teori dan amali pelajar-pelajar Ekonomi Rumah Tangga (ERT) di sebuah universiti awam bagi kursus jahitan. Seramai 100 orang pelajar program Sarjana Muda ERT terlibat sebagai sampel kajian. Kajian ini berbentuk tinjauan dan menggunakan pendekatan kuantitatif. Data daripada responden kemudiannya dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 18.0. Nilai kebolehpercayaan soal selidik adalah α = .771. Dapatan kajian menunjukkan persepsi tahap penguasaan teori pelajar adalah pada tahap sederhana (min = 0.65) dan amali juga adalah sederhana (min = 3.50). Keputusan analisis ujian ANOVA mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap penguasaan teori dan amali pelajar ERT dalam kursus jahitan bagi semester pengajian. Walau bagaimanapun, analisis ujian Eta pula menunjukkan bahawa terdapat tiga item teori dan empat item amali yang mempunyai hubungan signifikan rendah dengan semester pengajian. Analisis Pearson r pula menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara penguasaan teori dengan penguasaan amali dalam kalangan pelajar ERT.
ISSN:2180-2491
2180-2491