Cabaran dalam mempertahankan tanah adat di Malaysia: Kajian kes tanah NCR suku kaum Bidayuh di Sarawak (The challenge of defending customary land in Malaysia: The case of the Sarawak’s Bidayuh NCR lands)

Adat mempengaruhi hak dan status pemilikan tanah dalam kalangan pelbagai suku kaum di Sarawak. Bagi suku kaum Bidayuh, maklumat tentang pemilikan tanah yang diwarisi daripada nenek moyang telah menjadi sumber rujukan utama dalam mempertahankan hak mereka. Hal ini menjadi isu apabila tanah mereka ter...

Ausführliche Beschreibung

Gespeichert in:
Bibliographische Detailangaben
Veröffentlicht in:Geografia : Malaysian journal of society and space 2016-01, Vol.12 (4)
Hauptverfasser: Azima, A M, Zaimah, R, Saad, Suhana, Sarmila MD Sum, Mohd Yusoff Hussain, Shafiq, A K, Novel Lyndon, Selvadurai, Sivapalan, Mohd Fuad Mat Jali, Jaafar, Mokhtar
Format: Artikel
Sprache:eng
Schlagworte:
Online-Zugang:Volltext
Tags: Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
Beschreibung
Zusammenfassung:Adat mempengaruhi hak dan status pemilikan tanah dalam kalangan pelbagai suku kaum di Sarawak. Bagi suku kaum Bidayuh, maklumat tentang pemilikan tanah yang diwarisi daripada nenek moyang telah menjadi sumber rujukan utama dalam mempertahankan hak mereka. Hal ini menjadi isu apabila tanah mereka terlibat dengan projek pembangunan. Kaum Bidayah melihat pembangunan setempat sebagai cabaran utama kepada mereka bagi mengekalkan tanah adat. Kajian ini bertujuan untuk meneliti cabaran yang dihadapi suku kaum Bidayuh dalam mempertahankan hak milik tanah adat mereka yang terlibat dengan projek pembangunan. Penekanan diberikan terhadap usaha para pemilik untuk mempertahankan hak mereka terhadap tanah adat. Maklumat kajian diperoleh melalui perbincangan secara berkelompok dengan kumpulan focus (FGD) serta temu bual mendalam dengan pemilik tanah adat di kawasan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa cabaran mempertahankan tanah adat dipengaruhi beberapa perkara seperti kelewatan proses persempadanan, pencerobohan ke atas tanah adat, bayaran pampasan, penglibatan komuniti dalam skim pembangunan, tiada kesepakatan dan konflik dalaman suku, serta persaingan terhadap tanah adat. Situasi ini akhirnya mendorong para pemilik tanah adat kaum Bidayuh berusaha mendapatkan geran tanah secara individu. Bagi melestarikan status tanah adat, prosedur pemilikannya perlu ditambah baik dengan mengambil kira aspek sosiobudaya komuniti berkenaan.
ISSN:2180-2491
2180-2491