Kesan pembandaran terhadap taburan suhu di Malaysia: Kajian kes di Rawang, Selangor (Impact of urbanization on temperature distribution in Malaysia: A case study of Rawang, Selangor)
Pembangunan pesat di bandar-bandar menyebabkan perubahan guna tanah terhadap fizikal bumi. Penggantian hutan dengan bangunan-bangunan melibatkan proses pengeluaran haba seperti operasi perkilangan, pengeluaran asap kenderaan, penggunaan penghawa dingin dan kegiatan-kegiatan lain yang dilakukan oleh...
Gespeichert in:
Veröffentlicht in: | Geografia : Malaysian journal of society and space 2016-01, Vol.12 (5) |
---|---|
Hauptverfasser: | , , , , |
Format: | Artikel |
Sprache: | eng |
Schlagworte: | |
Online-Zugang: | Volltext |
Tags: |
Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
|
Zusammenfassung: | Pembangunan pesat di bandar-bandar menyebabkan perubahan guna tanah terhadap fizikal bumi. Penggantian hutan dengan bangunan-bangunan melibatkan proses pengeluaran haba seperti operasi perkilangan, pengeluaran asap kenderaan, penggunaan penghawa dingin dan kegiatan-kegiatan lain yang dilakukan oleh manusia. Kegiatan-kegiatan ini memberi kesan terhadap peningkatan suhu dan menghasilkan bahan-bahan tercemar yang boleh terampai di atmosfera. Kajian ini menilai kesan pembandaran terhadap taburan suhu di Rawang dengan mengkaji tahap pembandaran di Bandar Rawang dan menyiasat faktor-faktor yang menyumbang kepada pembentukan pulau haba di Rawang samaada kawasan pusat bandar dan pinggir bandar. Sejumlah 12 stesen yang meliputi keseluruhan zon guna tanah telah dipilih bagi menjalankan pengukuran ke atas taburan suhu. Hasil kajian mendapati faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan suhu ialah pembukaan kawasan perindustrian dan perumahan yang baharu di samping pembinaan lot-lot kedai di kawasan pusat bandar Rawang. Suhu yang tinggi wujud di kawasan pusat bandar berbanding kawasan sub-bandar dan pinggir bandar. Keseluruhannya, analisis tahap suhu menunjukkan Rawang mengalami perubahan suhu yang ketara yang dapat dikategorikan pada paras sedikit bahaya kepada kesihatan manusia. Beberapa pandangan dan cadangan kaedah pengawalan yang terbaik turut dikemukakan bagi mengatasi masalah pembentukan pulau haba. |
---|---|
ISSN: | 2180-2491 2180-2491 |