Pencemaran habuk di Malaysia: Mengesan taburan konsentrasi PM10 di pusat bandar, sub bandar dan pinggir bandar di Ipoh, Perak (Dust pollution in Malaysia: An investigation of the distribution of PM10 in the city centre, sub-cities and suburbs of Ipoh, Perak)
Sumber utama masalah pencemaran habuk (PM10) di Ipoh adalah berpunca dari industri simen dan kuari. Kajian ini dijalankan untuk menilai taburan konsentrasi PM10 (habuk) di Bandaraya Ipoh dengan memperoleh data primer melalui kaedah persampelan di lapangan di Ipoh. Kaedah persampelan di lapangan dila...
Gespeichert in:
Veröffentlicht in: | Geografia : Malaysian journal of society and space 2016-01, Vol.12 (5) |
---|---|
Hauptverfasser: | , , , |
Format: | Artikel |
Sprache: | eng |
Schlagworte: | |
Online-Zugang: | Volltext |
Tags: |
Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
|
Zusammenfassung: | Sumber utama masalah pencemaran habuk (PM10) di Ipoh adalah berpunca dari industri simen dan kuari. Kajian ini dijalankan untuk menilai taburan konsentrasi PM10 (habuk) di Bandaraya Ipoh dengan memperoleh data primer melalui kaedah persampelan di lapangan di Ipoh. Kaedah persampelan di lapangan dilakukan dengan menggunakan Portable Laser Aerosol Spectrometer dan Dust Monitor Model 1.108 untuk menunjukkan taburan konsentrasi PM10 dalam kawasan pusat bandar, sub bandar dan pinggir bandar di Ipoh. Penemuan terhadap data yang diperolehi daripada persampelan di lapangan menunjukkan bahawa taburan konsentrasi PM10 adalah tertinggi di Simpang Pulai (pinggir Bandar) dengan bacaan 189.9 ug/m3 pada waktu pagi dan 171.1 mg/m3 pada waktu malam, diikuti dengan Chemor (pinggir bandar) dengan bacaan 86.1ug/m3 pada waktu pagi dan 90.5 ug/m3 pada waktu malam. Konsentrasi PM10 adalah lebih rendah di pusat bandar Ipoh, dengan bacaan 72.3 ug/m3 di Tasek pada waktu pagi dan 67.3 ug/m3 pada waktu malam. Bacaan konsentrasi tertinggi pada waktu tengahari adalah dicatatkan di Chemor, iaitu 90.5 ug/ m3. Secara keseluruhannya, didapati kesan perubahan atmosfera yang diakibatkan oleh pencemaran PM10 di Ipoh yang mana akhirnya boleh menyebabkan akibat yang buruk terhadap kesihatan. |
---|---|
ISSN: | 2180-2491 2180-2491 |