Kecerdasan emosi bertauhid dalam kalangan remaja Muslim Malaysia (Vitality of the tauhidic emotional intelligence of Malaysia’s Muslim adolescents)
Dalam Model Ketenangan Hati (Kitab Kimiya al-Saadah) al-Ghazali memberi penekanan kepada empat domain utama yang membentuk kecerdasan emosi seseorang iaitu Mengenal Diri, Mengenal Allah, Mengenal Akhirat dan Mengenal Alam. Keempat-empat domain ini mengandungi elemen tauhid bagi mengukur tahap emosi...
Gespeichert in:
Veröffentlicht in: | Geografia : Malaysian journal of society and space 2016-01, Vol.12 (5) |
---|---|
Hauptverfasser: | , , , , |
Format: | Artikel |
Sprache: | eng |
Schlagworte: | |
Online-Zugang: | Volltext |
Tags: |
Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
|
Zusammenfassung: | Dalam Model Ketenangan Hati (Kitab Kimiya al-Saadah) al-Ghazali memberi penekanan kepada empat domain utama yang membentuk kecerdasan emosi seseorang iaitu Mengenal Diri, Mengenal Allah, Mengenal Akhirat dan Mengenal Alam. Keempat-empat domain ini mengandungi elemen tauhid bagi mengukur tahap emosi remaja dari aspek takut, marah, benci, sayang, sedih, dengki dan malu. Kajian ini mengenal pasti tahap kecerdasan emosi bertauhid remaja Muslim di Malaysia berdasarkan Instrumen Kecerdasan Emosi Bertauhid. Data primer diperolehi dari temu selidik 1520 orang remaja daripada seluruh negara. Analisis hasil kajian mendapati tahap nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi instrumen Kecerdasan Emosi Islam adalah tinggi (>0.8). Dapatan kajian juga menunjukkan skor min bagi tahap Mengenal Diri (min= 4.22, sp=0.35), Mengenal Allah (min=4.40, sp=0.40), Mengenal Akhirat (min=4.29, sp=0.42) dan Mengenal Alam (min=3.92, 0.44) adalah tinggi secara keseluruhannya. Cuma 4.3% daripada kalangan remaja ini mengakui tidak malu melakukan dosa dan maksiat kepada Allah SWT. Analisis data inferensi pula menunjukkan wujud perbezaan tahap kecerdasan emosi Islam berdasarkan aliran, lokasi, jantina, keputusan Pendidikan PMR dan PAFA. Kajian ini berguna kepada autoriti agama dan kementerian pendidikan dalam usaha memantapkan kecerdasan emosi remaja berdasarkan tuntutan Islam yang sebenar. |
---|---|
ISSN: | 2180-2491 2180-2491 |