Transformasi memajukan industri kecil dan sederhana (IKS) di kalangan wanita luar bandar (Transformation to promote small and medium industries (SMIs) among rural women)

Kesedaran komuniti setempat tentang pentingnya keterlibatan wanita luar bandar dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sangat membantu negara dalam memajukan ekonomi negara. Sememangnya tidak dapat dinafikan, ramai golongan wanita di negara ini telah menyumbang dalam pembangunan ekonomi negara, mak...

Ausführliche Beschreibung

Gespeichert in:
Bibliographische Detailangaben
Veröffentlicht in:Geografia : Malaysian journal of society and space 2019-01, Vol.15 (4)
Hauptverfasser: Zurinah Tahir, Jalaluddin Abdul Malek, Selvadurai, Sivapalan, Yusof Hussain
Format: Artikel
Sprache:eng
Schlagworte:
Online-Zugang:Volltext
Tags: Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
Beschreibung
Zusammenfassung:Kesedaran komuniti setempat tentang pentingnya keterlibatan wanita luar bandar dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sangat membantu negara dalam memajukan ekonomi negara. Sememangnya tidak dapat dinafikan, ramai golongan wanita di negara ini telah menyumbang dalam pembangunan ekonomi negara, maka langkah pemerkasakan ekonomi wanita luar bandar penting bukan sahaja dalam ekonomi malah untuk meningkatkan kesejahteraan hidup. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kemajuan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang menyumbang kepada pendapatan wanita luar Bandar di Jelebu Negeri Sembilan dengan menganalisis strategi ke arah memajukan lagi sektor IKS. Kajian ini menggunakan kaedah kuantatif yang melibatkan seramai 152 responden. Hasil dapatan kajian mendapati strategi ‘Mencari peluang yang ada’ dan ‘Berusaha untuk meningkatkan perniagaan’ adalah amat penting dalam kesedaran di kalangan wanita luar bandar untuk memajukan sektor IKS. Strategi memperkasa kemajuan IKS penting dalam memberi ruang kepada golongan wanita daripada pelbagai latarbelakang untuk perkongsian idea, pengalaman serta aspirasi dan secara tidak langsung mempromosikan produk sama ada di peringkat tempatan mahupun peringkat global. Sememangnya banyak produk yang dihasilkan daripada sektor IKS adalah bermutu tinggi. Apabila ada strategi dan langkah memperkasa ini dilaksanakan serta bantuan daripada agensi kerajaan, diyakini produk IKS ini akan dapat dipasarkan secara meluas. Keadaan ini sudah tentu memberi peluang kepada usahawan wanita untuk mengetahui peluang yang wujud di sekeliling bagi mengembangkan lagi perniagaan ke arah peringkat global dan akhirnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
ISSN:2180-2491
2180-2491