Pengintegrasian sosial: Sejauhmana hubungannya dengan kesihatan diri, keagamaan dan jaminan pekerjaan dalam kalangan orang kena pengawasan (Social Integration: How It Relates to Personal Health, Religious and Employment Security among Individuals on Surveillance)

Pengenalpastian faktor yang mempunyai hubungan dengan aspek pengintegrasian sosial dalam kalangan bekas penagih yang telah tamat menjalani program rawatan dan pemulihan merupakan aspek penting dalam usaha negara menyediakan formula tentang kejayaan pemulihan. Oleh itu kajian ini dilakukan bertujuan...

Ausführliche Beschreibung

Gespeichert in:
Bibliographische Detailangaben
Veröffentlicht in:Geografia : Malaysian journal of society and space 2020-01, Vol.16 (3)
Hauptverfasser: Ibrahim, Fauziah, Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Ezarina Zakaria, Mohamad Rahim Kamaluddin
Format: Artikel
Sprache:may
Schlagworte:
Online-Zugang:Volltext
Tags: Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
Beschreibung
Zusammenfassung:Pengenalpastian faktor yang mempunyai hubungan dengan aspek pengintegrasian sosial dalam kalangan bekas penagih yang telah tamat menjalani program rawatan dan pemulihan merupakan aspek penting dalam usaha negara menyediakan formula tentang kejayaan pemulihan. Oleh itu kajian ini dilakukan bertujuan untuk (1) mengenalpasti tahap pengintegrasian sosial dalam kalangan Orang Kena Pengawasan (OKP) dan (2) menganalisis hubungan antara kesihatan diri, jaminan pekerjaan dan keagamaan dengan pengintegrasian sosial dalam kalangan OKP. Kajian telah dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan keratan-lintang secara kuantitatif. Seramai 218 bekas penagih dadah yang telah tamat menjalani program pemulihan di Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) dan kini sedang menjalani pengawasan oleh Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) dipilih sebagai responden kajian. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan ujian Korelasi Pearson. Analisis kajian deskriptif menunjukkan pengintegrasian sosial dalam kalangan OKP berada pada tahap yang baik iaitu tinggi (60.1%). Manakala analisis inferensi pula mendapati bahawa faktor kesihatan diri, jaminan pekerjaan dan keagamaan menunjukkan hubungan yang positif dan signifikan dengan pengintegrasian sosial dalam kalangan OKP. Hasil kajian memberi implikasi positif terhadap usaha penambahbaikan program pengintegrasian sosial yang dijalankan terhadap OKP oleh pihak yang berkepentingan. Penekanan terhadap aspek keagamaan, kesihatan diri dan jaminan pekerjaan perlu diambil kira dalam menentukan kejayaan pengintegrasian sosial dalam kalangan OKP.
ISSN:2180-2491
2180-2491