KEMAMPANAN PERTANIAN SAWIT PEKEBUN KECIL ORANG ASLI DI SEMENANJUNG MALAYSIA
Populariti pengeluaran minyak sawit adalah sangat luar biasa. Sekitar 10 peratus daripada kegiatan pertanian dan perladangan dunia merupakan kawasan tanaman kelapa sawit global. Malah, 85% pengeluaran minyak sawit dihasilkan di Malaysia dan Indonesia. Minyak sawit juga telah meningkatkan pendapatan...
Gespeichert in:
Veröffentlicht in: | e-Bangi : journal of social sciences and humanities 2020-01, Vol.17 (1), p.80-92 |
---|---|
Hauptverfasser: | , , , , , , , |
Format: | Artikel |
Sprache: | may |
Schlagworte: | |
Online-Zugang: | Volltext |
Tags: |
Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
|
Zusammenfassung: | Populariti pengeluaran minyak sawit adalah sangat luar biasa. Sekitar 10 peratus daripada kegiatan pertanian dan perladangan dunia merupakan kawasan tanaman kelapa sawit global. Malah, 85% pengeluaran minyak sawit dihasilkan di Malaysia dan Indonesia. Minyak sawit juga telah meningkatkan pendapatan penduduk di kedua-dua buah negara, terutama kepada golongan petani. Namun, ada harga yang perlu dibayar akibat kegiatan pertanian kelapa sawit seperti kemusnahan alam sekitar, hak buruh dan hak asasi manusia yang seringkali diabaikan. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka kaedah pertanian sawit lestari yang dijalankan oleh pekebun kecil kelapa sawit Orang Asli. Kajian ini dijalankan di salah sebuah kampung Orang Asli yang terletak di bahagian Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu Kampung Sungai Mai, Jerantut, Pahang. Melalui pendekatan kualitatif, lapan orang petani Orang Asli telah ditemu bual secara berkala melalui persampelan rawak mudah dan bola salji. Hasil kajian menunjukkan bahawa petani Orang Asli mengusahakan pertanian mereka sebagai bentuk pemilikan tanah yang juga merupakan salah satu prasyarat MSPO. Pertanian keluarga merupakan langkah seterusnya untuk mewujudkan pertanian lestari selain menangani penebangan hutan melalui kegiatan penanaman kelapa sawit. |
---|---|
ISSN: | 1985-3505 1823-884X |