"Impian Sarawak" menjadi Deman Adenan: Kegagalan Strategi Pembangkang dalam Pilihan Raya Sarawak ke-11

Sarawak dianggap sebagai deposit tetap Barisan Nasional (BN). Sukar bagi pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) mengalahkan BN di Sarawak. Berdasarkan pilihan raya umum mahupun negeri sebelum ini PH gagal mendapat sokongan padu pengundi Sarawak. Ini kerana BN telah menunjukkan prestasi baik dalam me...

Ausführliche Beschreibung

Gespeichert in:
Bibliographische Detailangaben
Veröffentlicht in:Akademika (Kuala Lumpur) 2019-10, Vol.89 (3), p.3
Hauptverfasser: Mansor, Suffian, AzmanPawi, Awang Azman Pawi, Mohd Rus, Ahmad Kamal Ariffin
Format: Artikel
Sprache:eng ; may
Schlagworte:
Online-Zugang:Volltext
Tags: Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
Beschreibung
Zusammenfassung:Sarawak dianggap sebagai deposit tetap Barisan Nasional (BN). Sukar bagi pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) mengalahkan BN di Sarawak. Berdasarkan pilihan raya umum mahupun negeri sebelum ini PH gagal mendapat sokongan padu pengundi Sarawak. Ini kerana BN telah menunjukkan prestasi baik dalam membangunkan negeri Sarawak. Pembangunan yang dirancang dan digerakkan oleh BN telah menarik sokongan rakyat Sarawak. Manakala pembangkang terutamanya PH masih gagal menunjukkan mereka mampu membangunkan negeri Sarawak. Ini kerana PH gagal menunjukkan mereka sebuah parti memberi pembangunan untuk Sarawak. Atas sebab ini usaha telah dibuat oleh PH terutama DAP bagi memberi pembangunan kepada penduduk Sarawak. Untuk merealisasikan usaha mereka ini maka usaha di peringkat akar umbi digerakan seperti Impian Sarawak. Usaha ini telah digerakkan di kawasan pendalaman yang merupakan kubu kuat BN. Namun demikian usaha mereka ini gagal meraih sokongan yang diharapkan. Keputusan pilihan raya ke-11 menunjukkan bahawa BN bertambah kuat. Beberapa kerusi yang dimenangi oleh pembangkang dahulu kembali kepada BN. Keadah kajian ini berdasarkan kaedah kajian sejarah iaitu berdasarkan analisis kandungan terhadap surat khabar dan buku-buku sejarah dan politik. Selain itu kajian ini juga melibatkan kajian lapangan dengan melakukan tinjauan sebelum, semasa dan selepas pilihan raya dijalankan. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa kepimpinan Adenan Satem dan sifat kenegrian berjaya melenyapkan isu nasional seperti GST dan 1MDB. Malahan Impian Sarawak dan program-program pembangkang yang lain nampak terlalu kecil untuk meraih sokongan pengundi Sarawak. Kejayaan Barisan Nasional ini memberi isyarat bahawa Sarawak masih lagi simpanan deposit Barisan Nasional. Oleh itu artikel ini memperincikan tentang faktor-faktor ini bagi menerangkan dapatan tersebut.
ISSN:0126-5008