Analisis SWOT Komunikasi Pemasaran Bersepadu: Satu Kajian Kes

Artikel ini menganalisa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Organisasi FAMA Negeri Kedah telah dipilih sebagai responden dalam kajian kes ini. Hasil penganalisaan mendapati pengurusan komunikasi pemasaran FAMA Kedah boleh dipertingkatkan la...

Ausführliche Beschreibung

Gespeichert in:
Bibliographische Detailangaben
Veröffentlicht in:International journal of management studies (Kedah, Malaysia) Malaysia), 2005-06, Vol.12 (1), p.117
Hauptverfasser: Sany Sanuri Mohd Mokhtar, Zahari, Mohamed, Mohd Rizal Razalli, Arshad, Rozita
Format: Artikel
Sprache:eng ; may
Schlagworte:
Online-Zugang:Volltext
Tags: Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
Beschreibung
Zusammenfassung:Artikel ini menganalisa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Organisasi FAMA Negeri Kedah telah dipilih sebagai responden dalam kajian kes ini. Hasil penganalisaan mendapati pengurusan komunikasi pemasaran FAMA Kedah boleh dipertingkatkan lagi. Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh FAMA Negeri Kedah dalam menguruskan aktiviti-aktiviti promosi atau komunikasi pemasaran di negeri ini. Masalah-masalah yang telah dikenal pasti ialah amalan komunikasi pemasaran yang kurang berkesan, kesukaran menembusi pasaraya-pasaraya utama, bekalan dan kualiti produk yang tidak seragam daripada pengusaha industri kecil sederhana, dan kebergantungan agensi ini kepada ibu pejabat terutama dari segi sumber kewangan dan dasar yang telah ditetapkan. Penyelidik telah menjalankan analisis SWOT dan memberi beberapa strategi dan cadangan untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Di antara cadangan-cadangan yang telah diberikan termasuklah menjalankan program komunikasi pemasaran bersepadu, melaksanakan strategi promosi jualan dagangan, membuat perancangan dan mengawal prestasi pengusaha-pengusaha IKS, latihan kepada para pekerja dan menjana sumber kewangan sendiri.
ISSN:2232-1608
2180-2467