PENGLIBATAN PELAJAR UNIVERSITI DALAM MEMBANGUNKAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN KREATIF MELALUI AKTIVITI KERJA BERPASUKAN (University Students’ Involvement in Developing Creative Thinking Skills through Teamwork Activities)

Pemikiran kreatif ialah nilai tambah yang ‘wajib’ ada dalam diri pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam menyumbang kepada pembangunan negara yang berinovatif. Pembentukan individu yang mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif harus dimulakan seawal pendidikan pra-sekolah dan terus...

Ausführliche Beschreibung

Gespeichert in:
Bibliographische Detailangaben
Veröffentlicht in:International Journal of Management Studies 2020-11, Vol.27 (2), p.133
Hauptverfasser: Abdul Hamid, Roshayati, Ismail, Md Daud
Format: Artikel
Sprache:eng ; may
Schlagworte:
Online-Zugang:Volltext
Tags: Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
Beschreibung
Zusammenfassung:Pemikiran kreatif ialah nilai tambah yang ‘wajib’ ada dalam diri pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam menyumbang kepada pembangunan negara yang berinovatif. Pembentukan individu yang mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif harus dimulakan seawal pendidikan pra-sekolah dan terus digilap di peringkat universiti. Hampir kesemua IPT di Malaysia telah menjurus kepada membangunkan kemahiran pemikiran kreatif pelajar dalam struktur pembelajaran dan pengajaran melalui kerja berpasukan. Namun demikian, masih kurang kajian yang menguji pengaruh komposisi kerja berpasukan secara spesifik, iaitu personaliti proaktif dan kecerdasan emosi ahli pasukan ke atas pembangunan pemikiran kreatif pelajar. Kajian lepas mendapati bahawa tidak semua kerja berpasukan mampu menghasilkan hasil yang hebat disebabkan kurangnya keserasian antara ahli pasukan. Oleh itu, pasukan yang hebat bukan sahaja perlu memilih ahli yang terbaik tetapi mereka perlu mempunyai komposisi ahli yang sama-sama dapat membangunkan tahap pemikiran kreatif yang tinggi. Setiap ahli pasukan perlu melibatkan diri dalam proses kreatif yang membantu membangunkan kemahiran pemikiran kreatif. Proses ini merangkumi beberapa langkah iaitu mengenal pasti masalah, mencari maklumat dan mengekodkan dan menjana idea dan alternatif dalam penyelesaian masalah. Tujuan kajian ini adalah untuk menguji hubungan antara karakteristik individu dalam komposisi pasukan dan proses kreatif serta menguji sejauh mana proses kreatif dapat membangunkan kemahiran pemikiran kreatif pelajar dalam kerja berpasukan. Sampel kajian ini ialah pelajar daripada enam buah IPT di Malaysia di mana 250 borang kaji selidik (40-50 bagi setiap IPT) telah diedarkan secara atastalian dan data diuji menggunakan perisian SPSS (versi 22). Hasil kajian daripada 242 maklumbalas menunjukkan bahawa personaliti proaktif dan kecerdasan emosi pelajar mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan penglibatan pelajar dalam proses kreatif. Seterusnya, proses kreatif mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan pembangunan kemahiran pemikiran kreatif pelajar. Abstract Creative thinking is a compulsory added value within students of Malaysian Higher Education Institutions (MHEIs) in contributing to the innovative national development. The development of an individual who has creative thinking skills must begin as early as pre-school education and continue to be practised at the tertiary level. Almost all MHEIs have focused on the devel
ISSN:2232-1608
2180-2467
DOI:10.32890/ijms.27.2.2020.9460