Hubungan Antara Pengurusan Sumber Manusia, Budaya Organisasi dan Prestasi Organisasi: Pemodelan Persamaan Struktur
Kajian ini menyelidik hubungan antara pengurusan sumber manusia (PSM), budaya organisasi dan prestasi organisasi menerusi pemodelan persamaan struktur. Kajian ini berasaskan reka bentuk tinjauan dan bersifat keratan rentas. Sebanyak 137 soal selidik dikutip daripada organisasi pembuatan di Malaysia...
Gespeichert in:
Veröffentlicht in: | International Journal of Management Studies 2015-05, Vol.22 |
---|---|
Hauptverfasser: | , , |
Format: | Artikel |
Sprache: | eng |
Online-Zugang: | Volltext |
Tags: |
Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
|
Zusammenfassung: | Kajian ini menyelidik hubungan antara pengurusan sumber manusia (PSM), budaya organisasi dan prestasi organisasi menerusi pemodelan persamaan struktur. Kajian ini berasaskan reka bentuk tinjauan dan bersifat keratan rentas. Sebanyak 137 soal selidik dikutip daripada organisasi pembuatan di Malaysia dan digunakan dalam analisis statistik. Amalan PSM termasuk pengambilan pekerja, penilaian prestasi, latihan dan pembangunan, ganjaran berasaskan prestasi, pengurusan kerjaya, perkongsian maklumat, dan jaminan pekerjaan. Pemboleh ubah budaya organisasi meliputi penglibatan, koordinasi dan integrasi, komunikasi terbuka, kepercayaan, penambahbaikan, dan kerjasama. Sementara pemboleh ubah prestasi organisasi merangkumi kadar pertumbuhan jualan, hasilan operasi dan hasilan sumber manusia. Hampir 57 peratus daripada varians dalam konstruk budaya organisasi dapat diterangkan oleh konstruk PSM. Sementara kedua-dua konstruk PSM dan budaya organisasi dapat menerangkan kira-kira 68 peratus varians dalam konstruk prestasi organisasi. Model persamaan struktur menunjukkan budaya organisasi berperanan sebagai pengantara dalam hubungan antara PSM dengan prestasi organisasi. Kata kunci: Pengurusan sumber manusia, budaya organisasi, prestasi organisasi, LISREL. |
---|---|
ISSN: | 2232-1608 2180-2467 |
DOI: | 10.32890/ijms.22.1.2015.10422 |