Hubungan Dinamik Antara Inflasi, Kemeruapan Inflasi dan Pertumbuhan Output: Bukti Empirikal di Malaysia

Tujuan utama makalah ini adalah untuk mengkaji hubungan dinamik antara inflasi, kemeruapan inflasi dan pertumbuhan output bagi tempoh Januari 1980 hingga Disember 2004. Kemeruapan inflasi dianggarkan dengan menggunakan model varians bersyarat ‘exponential generalized autoregressive conditional heter...

Ausführliche Beschreibung

Gespeichert in:
Bibliographische Detailangaben
Veröffentlicht in:International Journal of Management Studies 2009-12, Vol.16 (2), p.21
Hauptverfasser: Mohd Nor, Abu Hassan Shaari, Ling, Tan Yan
Format: Artikel
Sprache:eng ; may
Schlagworte:
Online-Zugang:Volltext
Tags: Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
Beschreibung
Zusammenfassung:Tujuan utama makalah ini adalah untuk mengkaji hubungan dinamik antara inflasi, kemeruapan inflasi dan pertumbuhan output bagi tempoh Januari 1980 hingga Disember 2004. Kemeruapan inflasi dianggarkan dengan menggunakan model varians bersyarat ‘exponential generalized autoregressive conditional heteroskedasticity’ (EGARCH) dan perubahan indek pengeluaran perindustrian (IPP) digunakan sebagai proksi kepada  pertumbuhan output. Teknik autoregresi vector (VAR) digunakan untuk menguji kewujudan hubungan lead-lagged antara ketiga-tiga pemboleh ubah yang dikaji. Keputusan empirikal menunjukkan wujud hubungan penyebab antara kadar inflasi dan kemeruapan inflasi. Secara amnya, kadar inflasi yang tinggi akan meningkatkan kemeruapan inflasi, selaras dengan hipotesis pertama Friedman. Seterusnya kemeruapan inflasi yang tinggi akan mengurangkan kadar inflasi seperti yang dibahaskan oleh Holland. Tambahan pula, inflasi memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan output Malaysia. Walau bagaimanapun tiada hubungan yang wujud antara kemeruapan inflasi dan pertumbuhan output. Keputusan daripada analisis luar sampel menggunakan teknik fungsi tindak balas teritlak (GIRF) dan penghuraian varians (VDC) adalah konsisten dengan keputusan daripada analisis VAR.  
ISSN:2232-1608
2180-2467
DOI:10.32890/ijms.16.2.2009.9969