Kesan Pemantauan Terhadap Kepimpinan Autentik Dalam Kalangan Pentadbir Universiti Awam di Malaysia

Pemimpin yang autentik berpegang teguh kepada perjalanan mereka sendiri untuk memahami diri mereka sebagai insan dan bagaimana mereka serta orang lain memahami dunia. Mempunyai berkeupayaan untuk membuang jauh ego mereka, lalu mereka benar-benar memperkasa dan membangunkan orang lain. Mereka mempeng...

Ausführliche Beschreibung

Gespeichert in:
Bibliographische Detailangaben
Veröffentlicht in:Global journal al-thaqafah 2021-07, Vol.11 (1), p.49-61
Hauptverfasser: Mazli Mutazam, Zulkiflee Daud
Format: Artikel
Sprache:eng
Online-Zugang:Volltext
Tags: Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
Beschreibung
Zusammenfassung:Pemimpin yang autentik berpegang teguh kepada perjalanan mereka sendiri untuk memahami diri mereka sebagai insan dan bagaimana mereka serta orang lain memahami dunia. Mempunyai berkeupayaan untuk membuang jauh ego mereka, lalu mereka benar-benar memperkasa dan membangunkan orang lain. Mereka mempengaruhi dan memberi inspirasi kepada orang lain dengan menzahirkan diri yang sebenar. Kajian ini mengkaji kesan pemantauan terhadap kepimpinan autentik dalam kalangan pentadbir Universiti Awam (UA) di Malaysia. Kaedah penyelidikan kuantitatif digunakan melalui pengumpulan 227 data secara soal selidik dalam kalangan pentadbir daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (gred 41 hingga VU6) di UA. Dapatan kajian ini melalui ujian faktor analisis, pemantauan diwakili oleh 3 dimensi iaitu pemantauan berkala, perbincangan tidak formal dan pemerhatian. Manakala kepimpinan autentik diwakili oleh 2 dimensi iaitu ketelusan moral dan kesedaran diri. Kesan pengaruh antara pemantauan dan kepimpinan autentik diuji dengan menggunakan analisis regresi berganda. Hasil ujian regresi berganda ini menunjukkan pemantauan berkala memberi kesan yang positif terhadap ketelusan moral dan kesedaran diri. Manakala perbincangan tidak formal dan pemerhatian memberi kesan terhadap hanya kesedaran diri. Walau bagaimanapun, perbincangan tidak formal memberi kesan signifikan negatif terhadap kesedaran diri. Secara amnya, kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh gelagat pemantauan terhadap kepimpinan autentik dalam kalangan pentadbir universiti awam. Kajian ini diharapkan dapat memberikan pelbagai manfaat dalam penambahan ilmu dalam bidang kepimpinan dalam kalangan penjawat awam khususnya pentadbir di UA. Melalui kajian ini juga diharapkan dapat menggalakkan dalam peningkatan kemahiran kepimpinan, akauntabiliti, integriti dan kecekapan dalam pengurusan dan pentadbiran di UA. Kesedaran melalui ilmu dan kemahiran sebagai pemimpin di organisasi dapat meningkatkan bakat kepimpinan dan membawa kecemerlangan universiti.
ISSN:2232-0474
2232-0482
DOI:10.7187/GJAT072021-6