Peranan hadis ḍaʻīf dalam kitab al-Muntaqā karya Ibn al-Jārūd: The roles of weak hadith in Ibn al-Jārūd’s al-Muntaqā min al-Sunan al-Musnadah

Kitab al-Muntaqā min al-Sunan al-Musnadah karya Abū Muḥammad ‘Abd Allah bin ‘Ali bin al-Jārūd al- Naysābūrī (m. 307 H) dikenali sebagai salah satu himpunan hadis hukum yang sangat teliti dalam memastikan kesahihan hadis. Meskipun begitu, didapati sekurang-kurangnya 82 hadis ḍaʻīf dalam kitab ini sek...

Ausführliche Beschreibung

Gespeichert in:
Bibliographische Detailangaben
Veröffentlicht in:HADIS 2021-12, Vol.11 (22), p.780-791
Hauptverfasser: Mohd Arifin, Muhd Zulhelmi, Muhammad Noor, Umar
Format: Artikel
Sprache:eng
Online-Zugang:Volltext
Tags: Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
Beschreibung
Zusammenfassung:Kitab al-Muntaqā min al-Sunan al-Musnadah karya Abū Muḥammad ‘Abd Allah bin ‘Ali bin al-Jārūd al- Naysābūrī (m. 307 H) dikenali sebagai salah satu himpunan hadis hukum yang sangat teliti dalam memastikan kesahihan hadis. Meskipun begitu, didapati sekurang-kurangnya 82 hadis ḍaʻīf dalam kitab ini sekali gus mencetuskan persoalan tentang fungsi dan kegunaan hadis-hadis tersebut. Dengan mengamati kedudukan hadis-hadis tersebut dalam penyusunan kitab al-Muntaqā, makalah ini bermaksud mengenal pasti konsepsi Ibn al-Jārūd berkenaan peranan dan fungsi hadis ḍaʻīf dalam perbahasan hukum. Penyelidikan ini bertumpu sepenuhnya kepada metode kepustakaan dengan mengamalkan kaedah analisis kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa setiap hadis ḍaʻīf yang dibawakan oleh Ibn al-Jārūd memainkan peranan yang sangat halus dalam perbahasan beliau. Hadis ḍaʻīf memang tidak diterima sebagai hujah secara independen, akan tetapi hadis hadis-hadis tersebut memiliki kelayakan sebagai hujah sokongan. Ibn al-Jārūd sering menggunakan hadis ḍaʻīf sebagai galakan dan ancaman (targhīb wa tarhīb), serta sokongan maklumat yang melengkapkan, memerinci dan mentafsirkan kandungan hadis sahih. Dapatan ini sekali gus menyokong pandangan jumhur ulama yang tidak menolak secara mutlak hadis ḍaʻīf, akan tetapi menggunakannya secara berhati-hati.
ISSN:2231-9018
2550-1585
DOI:10.53840/hadis.v11i22.160