Kajian Kes Prosedur Penterjemahan Mainan Kata Teks Iklan daripada Bahasa Cina kepada Bahasa Melayu
Artikel ini membincangkan penterjemahan mainan kata dalam teks iklan bahasa Cina kepada bahasa Melayu berdasarkan kaedah penterjemahan mainan kata yang dikemukakan oleh Delabastita (1996). Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti prosedur penterjemahan yang diaplikasikan dalam terjemahan mainan...
Gespeichert in:
Veröffentlicht in: | Jurnal Bahasa 2019-06, Vol.19 (1), p.17-40 |
---|---|
Hauptverfasser: | , , |
Format: | Artikel |
Sprache: | eng |
Online-Zugang: | Volltext |
Tags: |
Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
|
Zusammenfassung: | Artikel ini membincangkan penterjemahan mainan kata dalam teks iklan bahasa Cina kepada bahasa Melayu berdasarkan kaedah penterjemahan mainan kata yang dikemukakan oleh Delabastita (1996). Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti prosedur penterjemahan yang diaplikasikan dalam terjemahan mainan kata dalam teks iklan daripada bahasa Cina kepada bahasa Melayu. Empat iklan yang mempunyai mainan kata dipilih sebagai teks sumber kajian. Kajian ini berdasarkan pendekatan retorik dalam pengiklanan, penterjemahan makna dan prosedur penterjemahan oleh Delabastita. Perbincangan juga dipandu oleh tiga persoalan kajian, iaitu, apakah elemen retorik dalam konteks iklan yang dikaji? Bagaimanakah makna mainan kata diterjemahkan dalam iklan? Apakah prosedur penterjemahan yang digunakan untuk menterjemahkan mainan kata dalam iklan bahasa Cina-bahasa Melayu? Dapatan kajian menunjukkan bahawa tiga prosedur penterjemahan yang dikemukakan oleh Delabastita (1996), iaitu prosedur “mainan kata dalam teks sumber diterjemahkan kepada mainan kata dalam teks sasaran”, “mainan kata diterjemahkan kepada bukan mainan kata” dan “mainan kata dijelmakan sebagai elemen berkaitan dengan retorik” yang boleh digunakan untuk menterjemahkan mainan kata dalam iklan daripada bahasa Cina kepada bahasa Melayu. Selain itu, prosedur pengguguran dan adaptasi turut diperlukan bagi membolehkan imej tabu ditiadakan dalam terjemahan. Namun begitu, adaptasi dapat digunakan untuk menggantikan makna yang didukung oleh lambang yang bersifat tabu tersebut. |
---|---|
ISSN: | 1511-9084 2462-1889 |
DOI: | 10.37052/jb19(1)no2 |