Dialek Melayu di Hulu Kelantan: Laporan Awal

Dialek Melayu Kelantan sering kali menghala ke arah satu ketetapan, iaitu dialek Melayu yang dituturkan di Kota Bharu dan kawasan berhampiran, atau yang secara umumnya boleh dikatakan sebagai kawasan hilir. Kesannya, sehingga kini tidak ada sebarang maklumat mengenai dialek yang dituturkan di kawasa...

Ausführliche Beschreibung

Gespeichert in:
Bibliographische Detailangaben
Veröffentlicht in:Jurnal Bahasa 2018-12, Vol.18 (2), p.219-252
1. Verfasser: Hasrah, Mohd Tarmizi
Format: Artikel
Sprache:eng
Online-Zugang:Volltext
Tags: Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
Beschreibung
Zusammenfassung:Dialek Melayu Kelantan sering kali menghala ke arah satu ketetapan, iaitu dialek Melayu yang dituturkan di Kota Bharu dan kawasan berhampiran, atau yang secara umumnya boleh dikatakan sebagai kawasan hilir. Kesannya, sehingga kini tidak ada sebarang maklumat mengenai dialek yang dituturkan di kawasan hulu, khususnya kawasan yang berada dalam jajahan Gua Musang. Makalah ini bertujuan menilai perkara ini dengan menjadikan dialek Melayu yang dituturkan di Sungai Nenggiri, Hulu Kelantan, sebagai bahan kajian. Analisis awal terhadap ciri fonetik dan fonologi serta beberapa aspek linguistik lain yang diperoleh dari lima buah kampung yang terletak di sepanjang Sungai Nenggiri mendapati dialek Melayu Kelantan di kawasan tersebut memperlihatkan perbezaan yang agak ketara daripada dialek Melayu Kelantan di kawasan hilir. Penemuan ini membawa dua implikasi penting, iaitu (1) wujud pemisahan antara dialek Melayu di kawasan hulu dengan dialek Melayu di kawasan hilir di sepanjang lembangan Sungai Kelantan. Oleh sebab itu, (2) dialek Melayu di Kelantan dan Semenanjung Timur memerlukan pengelompokan yang baharu.
ISSN:1511-9084
2462-1889
DOI:10.37052/jb18(2)no2