Risalah Darurat: Strategi Kerajaan dalam Memenangi Jiwa dan Pemikiran Orang Cina di Tanah Melayu, 1948–1960
Di Tanah Melayu, orang Cina merupakan golongan yang paling ramai terpengaruh dengan gerakan komunis sehingga membentuk kumpulan penyokong yang paling besar. Dalam keadaan ini, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (seterusnya disebut sebagai kerajaan) membuat perancangan dan menjalankan pelbagai strateg...
Gespeichert in:
Veröffentlicht in: | Kemanusiaan : the Asian journal of humanities 2023, Vol.30 (2), p.173-206 |
---|---|
Hauptverfasser: | , , |
Format: | Artikel |
Sprache: | eng |
Online-Zugang: | Volltext |
Tags: |
Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
|
Zusammenfassung: | Di Tanah Melayu, orang Cina merupakan golongan yang paling ramai terpengaruh dengan gerakan komunis sehingga membentuk kumpulan penyokong yang paling besar. Dalam keadaan ini, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (seterusnya disebut sebagai kerajaan) membuat perancangan dan menjalankan pelbagai strategi untuk memenangi jiwa dan pemikiran mereka supaya tidak menyertai perjuangan komunis. Perbincangan dalam makalah ini adalah berdasarkan penelitian terhadap Risalah Darurat (Emergency Leaflets) dalam tulisan Cina yang disebarkan oleh kerajaan melalui Jabatan Penerangan kepada penduduk Cina pada zaman darurat (1948–1960). Kajian ini bertujuan membincangkan kepentingan propaganda fizikal dalam bentuk Risalah Darurat untuk membantu kerajaan meraih sokongan daripada orang Cina selain melihat pendirian kerajaan terhadap gerakan komunis. Kajian ini dengan jelas menunjukkan Risalah Darurat digunakan oleh kerajaan sebagai propaganda dan instrumen komunikasi untuk menerangkan kepada penduduk Cina tentang situasi di Tanah Melayu termasuk bahaya ancaman komunis serta langkah yang diambil dalam memerangi komunis. Kerajaan turut menyeru penduduk Cina agar memberi kerjasama dalam menumpaskan gerakan komunis. Justeru, risalah memainkan peranan penting sebagai medium propaganda kerajaan untuk memerangi pengaruh komunis semasa darurat. |
---|---|
ISSN: | 1394-9330 2180-4257 |
DOI: | 10.21315/kajh2023.30.2.9 |