Keberkesanan Tokoferol sebagai Antioksidan dalam Ayam Salai
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan tokoferol sebagai antioksidan dalam ayam salai. Perapan ayam telah disediakan dengan tiga formulasi mengandungi tokoferol yang berbeza kepekatan iaitu 100 mg/kg, 200 mg/kg dan 300 mg/kg. Ujian jangka hayat dipercepat (ASLT) telah dijalankan ber...
Gespeichert in:
Veröffentlicht in: | Sains Malaysiana 2023-04, Vol.52 (4), p.1243-1258 |
---|---|
Hauptverfasser: | , , , , , , |
Format: | Artikel |
Sprache: | eng |
Online-Zugang: | Volltext |
Tags: |
Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
|
Zusammenfassung: | Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan tokoferol sebagai antioksidan dalam ayam salai. Perapan ayam telah disediakan dengan tiga formulasi mengandungi tokoferol yang berbeza kepekatan iaitu 100 mg/kg, 200 mg/kg dan 300 mg/kg. Ujian jangka hayat dipercepat (ASLT) telah dijalankan berdasarkan nilai Q10 yang dikenal pasti pada 1.30 dengan penyimpanan sampel pada suhu 57 °C selama empat minggu adalah bersamaan dengan hayat simpanan selama 61.5 hari pada suhu bilik. Hasil kajian menunjukkan bahawa nilai peroksida (pengoksidaan primer) bagi semua sampel tidak berbeza secara signifikan (p>0.05) manakala nilai TBARS (pengoksidaan sekunder) bagi sampel ditambah tokoferol adalah lebih rendah secara signifikan (p0.05) berbanding dengan sampel tanpa antioksidan. Semua sampel ayam salai menjadi lebih berasid sepanjang penyimpanan dan menunjukkan perbezaan secara signifikan (p0.05). Secara kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa penambahan tokoferol sebagai antioksidan telah mengurangkan tekanan oksidatif ayam salai dan formulasi perapan 300 mg/kg tokoferol mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai produk ayam salai dengan kestabilan oksidatif tinggi. |
---|---|
ISSN: | 0126-6039 2735-0118 |
DOI: | 10.17576/jsm-2023-5204-16 |