Impak Penyerpihan Habitat terhadap Kepelbagaian Spesies Mamalia di Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS), Kompleks Hutan Banjaran Titiwangsa, Semenanjung Malaysia

Penyerpihan habitat adalah pemacu kepada isu kepupusan pelbagai spesies yang menyebabkan serpihan hutan menjadi lebih kecil dan terpencil. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur komposisi serta kepelbagaian spesies mamalia terestrial (bersaiz sederhana dan besar) di koridor ekologi CFS1:PL1...

Ausführliche Beschreibung

Gespeichert in:
Bibliographische Detailangaben
Veröffentlicht in:Sains Malaysiana 2021-11, Vol.51 (11), p.3509-3522
Hauptverfasser: Abdullah, Nur Izzati, Abdul Rahim, Muhammad Rizal, Amat Darbis, Nurul Darsani, Norazlimi, Nor Atiqah, Md Nor, Shukor
Format: Artikel
Sprache:eng
Online-Zugang:Volltext
Tags: Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
Beschreibung
Zusammenfassung:Penyerpihan habitat adalah pemacu kepada isu kepupusan pelbagai spesies yang menyebabkan serpihan hutan menjadi lebih kecil dan terpencil. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur komposisi serta kepelbagaian spesies mamalia terestrial (bersaiz sederhana dan besar) di koridor ekologi CFS1:PL1 dan CFS1:PL6. Pemasangan 211 perangkap kamera di kedua-dua koridor berjaya menghasilkan sejumlah 43,799 imej bebas (8,594 perangkap/malam). Sebanyak 30 spesies mamalia berjaya direkodkan dengan 28 spesies daripadanya ditemui di PL1 dan 17 spesies di PL6. Artiodactyla adalah Order yang menunjukkan kekerapan hadir tertinggi (869 imej bebas) manakala Karnivora adalah Order yang mencatatkan kepelbagaian spesies tertinggi (14 spesies). Sebanyak sembilan spesies menyumbang kepada lebih daripada 90% komuniti mamalia di PL1 dan PL6 dan tiada perbezaan yang signifikan antara komuniti mamalia di kedua-dua kawasan kajian. Hasil analisis mendapatibabi hutan (Sus scrofa) (PCRI = 62.17), kijang (Muntiacus muntjak) (PCRI = 31.20) dan beruang matahari (Helarctos malayanus) (PCRI = 15.14) merekodkan kekerapan (PCRI > 10) yang tinggi melintasi koridor PL1. Manakala di PL6, spesies yang sering direkodkan ialah kijang (Muntiacus muntjak) (PCRI = 47.70), tapir Malaya (Tapirus indicus) (PCRI = 26.21), babi hutan (Sus scrofa) (PCRI = 23.61), gajah Asia (Elephas maximus) (PCRI = 11.57) dan seladang (Bos gaurus) (PCRI = 10.63). Walau bagaimanapun, kekerapan melintasi koridor bagi mamalia sederhana hanya dilihat di PL1 sahaja oleh spesies pelanduk/napuh (Tragulus sp.) (PCRI = 20.88) dan landak raya (Hystrix brachyura) (PCRI = 14.68). Tuntasnya, langkah pemuliharaan yang lebih efektif dan pelan pembinaan lintasan hidupan liar perlu dilaksanakan di kedua-dua koridor memandangkan koridor ini digunakan pada frekuensi yang tinggi.
ISSN:0126-6039
2735-0118
DOI:10.17576/jsm-2022-5111-01