Jumlah Fenol, Aktiviti Antioksidan dan Toksisiti Ekstrak Bendalir Lampau Genting (SFE) Buah Ziziphus mauritiana

Kajian ini menentukan jumlah fenol, antioksidan dan ketoksikan buah Ziziphus mauritiana yang diekstrak menggunakan pengekstrakan bendalir lampau genting (SFE). Ekstrak dianalisis untuk jumlah kandungan fenol (TPC) dan aktiviti antioksidan berdasarkan aktiviti penyingkiran radikal bebas, 2,2-difenil-...

Ausführliche Beschreibung

Gespeichert in:
Bibliographische Detailangaben
Veröffentlicht in:Sains Malaysiana 2022-07, Vol.51 (7), p.2329-2337
Hauptverfasser: Teh, Arnida Hani, Md Nasir, Muhiyuddin, Saidin, Saidatul Husni, Abdul Rahman, Hafeedza
Format: Artikel
Sprache:eng
Online-Zugang:Volltext
Tags: Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
Beschreibung
Zusammenfassung:Kajian ini menentukan jumlah fenol, antioksidan dan ketoksikan buah Ziziphus mauritiana yang diekstrak menggunakan pengekstrakan bendalir lampau genting (SFE). Ekstrak dianalisis untuk jumlah kandungan fenol (TPC) dan aktiviti antioksidan berdasarkan aktiviti penyingkiran radikal bebas, 2,2-difenil-1-pikrilhidrazil (DPPH). Kajian ketoksikan akut dilakukan pada tikus Sprague Dawley (24 jantan, 24 betina), dibahagikan kepada 4 kumpulan; diberikan 0 (kawalan), 1, 2.5 dan 5 g ekstrak/kg berat badan. Kajian kesitotoksikan dilakukan menggunakan ujian MTT pada titisan sel V79-4 dan kajian kegenotoksikandilakukan menggunakan Ujian Mikronukleus (MNA) dengan pewarnaan akridin jingga (AO). Ekstrak menghasilkan TPC sebanyak 539.18 mg setaraan asid galik (GAE)/100 g dan penyingkiran radikal bebas DPPH sebanyak 16.65%. Dalam kajian ketoksikan akut, semua tikus selamat tanpa bukti manifestasi klinikal atau ketoksikan. Kajian kesitotoksikan ekstrak menunjukkan kesan kesitotoksikan (IC50 0.48 mg/mL). Kajian kegenotoksikan menunjukkan bahawa ekstrak tidak mempunyai kesan kegenotoksikan pada tikus yang diuji. Secara keseluruhan, ekstrak bertindak dengan cara yang berbeza, in vivo dan in vitro. Sebagai kesimpulan, ekstrak adalah sumber fenol yang baik namun tidak menunjukkan aktiviti antioksidan yang tinggi. Ia tidak toksik dan tidak menyebabkan kegenotoksikan terhadap haiwan yang dikaji pada kepekatan sehingga 5 g ekstrak/kg berat badan. Walau bagaimanapun, ekstrak didapati sitotoksi terhadap titisan sel V79-4 yang dikaji.
ISSN:0126-6039
2735-0118
DOI:10.17576/jsm-2022-5107-31