MODEL RANGKAIAN NEURAL BAGI PENENTUAN GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR BERASASKAN MODEL FELDER-SILVERMAN

Gaya pembelajaran merupakan kecenderungan pendekatan seseorang pelajar untuk belajar. Kebanyakan model penentuan gaya pembelajaran yang dibangunkan menggunakan kaedah soal-selidik dan tinjauan yang memerlukan pelajar menjawab soalan yang banyak. Kaedah konvesional ini mempunyai beberapa kelemahan se...

Ausführliche Beschreibung

Gespeichert in:
Bibliographische Detailangaben
Veröffentlicht in:ASEAN journal of teaching and learning in higher education 2022-12, Vol.14 (2), p.108-121
1. Verfasser: Ibrahim, Mohd Faisal
Format: Artikel
Sprache:eng
Online-Zugang:Volltext
Tags: Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
Beschreibung
Zusammenfassung:Gaya pembelajaran merupakan kecenderungan pendekatan seseorang pelajar untuk belajar. Kebanyakan model penentuan gaya pembelajaran yang dibangunkan menggunakan kaedah soal-selidik dan tinjauan yang memerlukan pelajar menjawab soalan yang banyak. Kaedah konvesional ini mempunyai beberapa kelemahan seperti memerlukan masa yang panjang, soal-selidik yang dijawab secara sambil-lewa, kualiti soal-selidik yang rendah serta cara setiap pelajar menginterprestasi soalan yang diberikan. Dengan perkembangan teknologi e-pembelajaran masa kini seperti sistem pengurusan pembelajaran digital (SPP), rekod mentah aktiviti dan interaksi pelajar dengan sistem pembelajaran dapat disimpan secara dalam talian. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungkait aktiviti pelajar dalam sesuatu SPP dalam menentukan gaya pembelajaran mereka. Berdasarkan teori gaya pembelajaran Felder-Silverman, satu model kepintaran buatan telah dibangunkan bagi menentukan dimensi-dimensi gaya pembelajaran secara automatik dengan menggunakan rekod aktiviti pelajar dalam SPP. Model kepintaran buatan dibina berasaskan algoritma rangkaian neural dan teknik pembelajaran mesin terselia. Model rangkaian neural ini telah dilatih menggunakan rekod kekerapan seseorang pelajar itu melawati kandungan-kandungan pembelajaran seperti nota kuliah, video pembelajaran, slaid pengajaran dan latihan dalam talian. Hasil daripada pembelajaran mesin ini, empat model rangkaian neural telah terhasil yang mana setiap satu model mewakili dimensi-dimensi dalam gaya pembelajaran Felder-Silverman iaitu dimensi aktif/reflektif, kepekaan/intuitif, visual/lisan dan berurutan/global. Ketepatan model yang diperolehi adalah di antara 78% sehingga 100%.
ISSN:1985-5826
1985-5826
DOI:10.17576/ajtlhe.1402.2022.08