Falsafah Fatalisme dan Takdir Qur'ānī Menurut Abū Ḥāmid Muḥammad b. Muḥammad al-Ghazālī (W. 505 H)

Perbincangan yang berkaitan dengan takdir bukan suatu isu yang baharu. Sejak zaman rasulullah s.a.w, perkara berkaitan dengan takdir telah menjadi topikperbincangan. Namun, falsafah takdir dalam dunia hari ini telah dicampuri dengan nilai-nilai dan idea-idea yang berbentuk sekular dan liberal yang m...

Ausführliche Beschreibung

Gespeichert in:
Bibliographische Detailangaben
Veröffentlicht in:Akademika (Kuala Lumpur) 2024-01, Vol.94 (1), p.210-223
Hauptverfasser: Noor, Ahmad Yunus Mohd, Za'Bah, Bismillah
Format: Artikel
Sprache:may
Schlagworte:
Online-Zugang:Volltext
Tags: Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
Beschreibung
Zusammenfassung:Perbincangan yang berkaitan dengan takdir bukan suatu isu yang baharu. Sejak zaman rasulullah s.a.w, perkara berkaitan dengan takdir telah menjadi topikperbincangan. Namun, falsafah takdir dalam dunia hari ini telah dicampuri dengan nilai-nilai dan idea-idea yang berbentuk sekular dan liberal yang merupakan cabaran pemikiran yang lahir daripada peradaban barat. Kefahaman berkenaan dengan konsep takdir telah dipengaruhi oleh pelbagai ideologi, budaya dan pemikiran terutamanya dari sudutpandangan falsafah barat. Salah satunya adalah falsafah fatalisme yang membicarakan soal takdir dan nasib diri individu. Kefahaman takdir bagi umat Islam amat penting memandangkan takdir adalah unsur yang berkait dengan pegangan aqidah dan termasuk dalam rukun iman. Takdir manusia yang bersifat ghaib sangat berkait dengan perkara seperti ikhtiar, doa, tawakal dan kekuasaan Tuhan. Cara berfikir dan bertingkah laku manusia akan dipengaruhi dengan kefahaman dan pegangan takdir. Oleh hal yang demikian, objektif artikel ini adalah bagi menganalisis perbezaan falsafah fatalisme dan takdir menurut pandangan tokoh Abū Hāmid Muhammad b. Muhammad al-Ghazālī (w. 505 H). Artikel ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan menganalisis kandungan al-Qur 'ān secara tematik berdasarkan tema, serta dokumen-dokumen dan penulisan kajian barat yang berkaitan. Walau bagaimanapun, hasil kajian mendapati bahawa al-Qur'ān mengandungi perbincangan tentang ideologi fatalisme dan terdapat perbezaan jēlas antara kefahaman Islam tentang takdir dan ideologi fatalisme. Implikasi artikel ini adalah memberikan kefahaman yang mendalam ke atas kedua-dua falsafah agar kesalahfahaman dapat dielakkan.
ISSN:0126-5008
DOI:10.17576/akad-2023-9401-16