PERANAN VISUAL INSTAGRAM DALAM MENINGKATKAN KESEDARAN KESIHATAN MASYARAKAT

Instagram merupakan platform media sosial yang digunakan untuk berkomunikasi dengan mudah dan berkesan bagi menyampaikan mesej berbentuk visual. Namun begitu, seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, penggunaan visual berubah mengikut perkembangannya. Informasi yang disampaikan bergantung ke...

Ausführliche Beschreibung

Gespeichert in:
Bibliographische Detailangaben
Veröffentlicht in:e-Bangi : journal of social sciences and humanities 2020-07, Vol.17 (2), p.91-103
Hauptverfasser: Sharudin, Sharul Azim, Mustaffa, Normah, Sannusi, Shahrul Nazmi
Format: Artikel
Sprache:mal
Schlagworte:
Online-Zugang:Volltext
Tags: Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
Beschreibung
Zusammenfassung:Instagram merupakan platform media sosial yang digunakan untuk berkomunikasi dengan mudah dan berkesan bagi menyampaikan mesej berbentuk visual. Namun begitu, seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, penggunaan visual berubah mengikut perkembangannya. Informasi yang disampaikan bergantung kepada penggunaan visual yang digunakan oleh penyampainya. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan masyarakat sejajar dengan matlamat Kementerian Kesihatan Malaysia yang banyak melakukan pelbagai usaha bagi memastikan masyarakat Malaysia sedar akan kepentingan kesihatan dan seterusnya mengamalkan gaya hidup sihat. Antara kaedah yang digunakan oleh pihak KKM bagi memberi penerangan kesihatan adalah dengan berkongsi maklumat kesihatan di akaun rasmi Instagram KKM menerusi posting visual berbentuk informasi kesihatan. Antara visual yang digunakan adalah ilustrasi, fotografi dan juga infografik. Pendekatan kajian adalah dengan menggunakan analisis kandungan bagi melihat tiga jenis visual ilustrasi, fotografi dan infografik yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam akaun rasmi Instagramnya. Penilaian dilakukan oleh dua orang pakar daripada industri yang mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun. Penilaian jenis visual yang digunakan dalam posting Instagram KKM adalah dari tahun 2015 hingga tahun 2018. Dapatan kajian mendapati penggunaan visual yang sering digunakan oleh KKM bagi tujuan kesedaran kesihatan adalah visual infografik dan ia menunjukkan peningkatan penggunaannya pada setiap tahun berbanding dengan visual ilustrasi dan fotografi.
ISSN:1985-3505
1823-884X