HUBUNGAN ANTARA TEKANAN KERJA DAN KECERDASAN EMOSI TERHADAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara tekanan kerja dan kecerdasan emosi ke atas kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tekanan kerja yang dikaji dalam kajian ini meliputi dimensi sokongan pihak...

Ausführliche Beschreibung

Gespeichert in:
Bibliographische Detailangaben
Veröffentlicht in:e-Bangi : journal of social sciences and humanities 2019-01, Vol.16 (5), p.1-19
Hauptverfasser: Tambi, Noordeyana, Awang, Siti Zulaikha
Format: Artikel
Sprache:mal
Schlagworte:
Online-Zugang:Volltext
Tags: Tag hinzufügen
Keine Tags, Fügen Sie den ersten Tag hinzu!
Beschreibung
Zusammenfassung:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara tekanan kerja dan kecerdasan emosi ke atas kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tekanan kerja yang dikaji dalam kajian ini meliputi dimensi sokongan pihak pentadbir, berurusan dengan pelajar, kekuatan kewangan, hubungan dengan pensyarah dan tugas berlebihan. Tekanan kerja ini diukur menggunakan alat ujian Ocupational Stress Indicator (OSI) oleh Gary Copper (1988) yang mempunyai 25 item. Manakala, untuk tahap kecerdasan emosi pula menggunakan soal selidik yang standard iaitu soal selidik yang dibina oleh Daniel Goleman (1988) (50 soalan) dan bagi kepuasan kerja pula diukur menggunakan alat ujian Minnesota Satisfaction Quaestionanaire (MSQ) (20 soalan). Soal selidik telah diedarkan kepada 226 orang pensyarah dan hanya seramai 140 orang pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan faktor tekanan kerja berurusan dengan pelajar mencatat nilai min yang paling tinggi iaitu (min=4.03). Seterusnya, hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kecerdasan emosi 108 orang pensyarah berada pada tahap sederhana dan juga turut memberi pengaruh kepada kepuasan kerja pensyarah. Hasil kajian ini diharap dapat menyediakan maklumat berguna kepada pihak pentadbiran fakulti dan pengurusan universiti untuk menyediakan atau merangka skop tugas yang tidak terlalu membebankan dan program-program yang bersesuaian dengan pensyarah.
ISSN:1985-3505
1823-884X